Welcome to Phnom Penh!

aku pergi cambodia bulan 1 ok.
sekarang dah bulan 6 oiii.. matikklaaa…
tapi aku tau korang sedia menunggu kan kan kan..

aku tak ingat aku dah letak ke belum harga flight.
kalau dah letak takpela.
kalau belum ni aku letak lagi sekali RM222 KL ke Phnom Penh.
balik harga lain sebab aku balik dari Siem Reap, ingat tak?

12 januari 2012 (khamis)

pukul 3 pagi aku dah bangun.
sebenarnya malam tu pun macam tidur tidur ayam jer.
takut terlajak pun yer. excited pun yer.
beg baju encik z yang tolong kemaskan.
selalu pegi mana mana memang dia pun yang pack baju, aku tak reti. semua main sumbat sumbat je huhu..

encik z hantar aku gi kl sentral.
aku naik bas pukul 4 pagi.
sampai lcct sejam lepas tu. tunggu yang lain lain kat mcdonalds.
bila semua sampai, breakfast dulu.
dan lepas tu group check in.

perjalanan dari KL ke phnom penh 1 jam 40 minit.
dekat je la kan? tak terasa mana pun.
elok sampai on time kat airport phnom penh.
dah ada wakil dari hotel tunggu pegang nama aku.
tak sempat nak snap gambar. isk.

dari airport ke hotel dalam setengah jam camtu.
jalan sesak sikit la tapi tidak lah sesesak indonesia kot.
cuaca adalah best. mendung redup je.
check in semua. dan lepas tu jom la jalan jalan bandar phnom penh.

oh lupa nak cakap, time zone malaysia dengan cambodia beza sejam.
kita sejam lewat dari dorang.
kira malaysia pukul 11 pagi, diorang 10 pagi.
macam thailand jugak lah.
tapi sebenarnya beza sejam tu la yang selalu confuse ok!
nanti aku story… 😉

so korang sit back and relax.
aku dah set autopublish kisah cambodia ni sampai hari terakhir di phnom penh.
korang bukak je la blog aku ni pukul 12 tengah hari & 3 petang karang ya.


: : boarding pass : :


: : jangan lupa isi arrival/departure card ni sebelum turun dari flight ya. kang tak pasal kena tahan : :


: : boleh tahan garang pegawai imigresen dia. tak sukaaa : :


: : driver bernama rhutti. airport transfer ni kitorang deal dengan hotel : :


: : phnom penh international airport : :


: : welcome drink. jus nanas yang sedap gila plis : :


: : receptionist yang bernama miss anon. kira kalau dia komen kat blog orang, dia bukan anonymous la yer. nama dia memang anon. ok tak kelakar : :


: : memperkenalkan dari kiri ida, sha, mya, fin, muna & azeyanti : :


: : depan hotel : :

destinasi pertama adalah central market atau dalam bahasa cambodia nya psar thmey.
sebut betul betul anak-anak. bagusss…
kedudukan psar thmey dengan hotel kitorang ada la dalam 10 minit kot menapak.


: : depan psar thmey : :

sampai sampai terus cari money changer. mau tukar USD ke KHR sikit.
tapi sebenarnya tak yah tukar pun takpe. boleh je guna USD secara jitu.
oleh sebab aku nak simpan sikit sebagai kenangan, so tukar jugak lah.


: : shopping jangan tak shoppping : :


: : fridge magnet dia cam dah lusuh : :

tapi benarnya idaklah ada aku menyopping sangat pun.
sehelai shawl. dan beberapa ketul fridge magnet.
psar thmey ni macam macam ada. banyaknya kain cambodian silk, tshirt, souveniers dan lain lain ah.

sejam kot dalam psar thmey, kami menapak balik pulang ke hotel.
sebab nak buat arrangement sewa tuk tuk untuk pergi makan dan ronda ronda.

berakhirnya bab pertama kisah di cambodia.
TBC…

9 thoughts on “Welcome to Phnom Penh!

  1. haha ok. kirenye saya punya entry beijing tertangguh beberapa minggu takde laa teruk sangat kan =))

    akak ngan saya sama je , byk btul gangguan nak update blog jalan2 ni . tapi janji update :p

  2. kalau akak ckp kat pegawai tu “takyah nk garang2 boleh tak..pegawai imigresen je pun” best gak..dia bukan faham 😛

Comments are closed.