Kedutaan Besar Malaysia. Di Cambodia.

tola drop kan aku dengan fin kat sini!
kedutaan besar malaysia di phnom penh!
kau ada kawan kat sini normaya?
well… *libas tudung
aku ni kan baik hati dan ramah mesra, makanya alhamdulillah dipertemukan dengan kawan-kawan yang sangat sangat jua baik hatinya.
tu sebab aku kata kita ni kalau berkawan kena ada keikhlasan, baru terasa nikmatnya berkawan. gitu…

masa nak lepas security guard tu, amboiiii kemain eksyen lagi korang kan.
macam-macam soalan tanya.
nak bergambar kat depan embassy tu pun tak bagi.
awasssss…
cong ceng cong ceng bagai, amik pass semua.
baru la berjaya masuk.
bagitau kat receptionist. pastu kena tunggu sekejap.

taraaaaaaa….
inilah dia ieyna aka na. junior aku kat politeknik port dickson dulu.
memang lama lah aku tak jumpa dia.
lepas habis poli mana ada dah jumpa.
ermmm rasanya kira-kira 13 tahun jugak la kot eh dik??
berhubungan balik dalam facebook.
masa aku up status aku dah beli tiket nak gi phnom penh, ieyna tegur aku kata suruh datang rumah dia.
baru aku tau yang dia ada kat sini.
dulu dia posting ke seoul, korea sana.
ini kali sudah di phnom penh piula.

: : berborak setelah lama tidak berjumpa : :
oleh sebab waktu office ieyna belum berakhir, jadi aku dengan fin lepak-lepak dulu kat surau.
pastu baru bergerak together-gether ke rumah ieyna yang pun terletak di dalam compound yang sama.
best eh pergi kerja jalan kaki je.
takyah runsing-runsing.
eh tapi sebelum tu bergambar dulu kat signboard luar.
kemain kelam kelibut security guard bila nampak ieyna.
“madam coming, madam coming”
wah tau kau takut kan. tadi kemain kau kerek dengan haku.
pastu sebelum tu security memang tak bagi bergambar kat signboard, bila ieyna ada, dan dan boleh. heh.
jadi mari kita bergambar sampai lebam.
panas menyucuk sampai tak boleh bukak mata.


: : dijamu air oren dan rambutan sementara menunggu ieyna masak berat : :
oh yer rumah ieyna ni bapak besar hoihhh…
ada 7 bilik kot tak silap aku.
dari hujung nak ke hujung adalah menjauh.
dari dapur nak ke bilik, bercinta.
mau satu hari berkilo kilo meter pergerakan dilakukan oleh diorang anak beranak.

: : salah satu ruang tamu. salah satu okkk : :

: : anak-anak ieyna yang mencomel dan amatttt lah ramah nya : :

: : dibelakang adalah sungai. errrr sungai apa eh. huhu tak ingat. tapi adalah bestttt. saujana mata memandang : :

: : ieyna masak nasi kerabu! sedap plissss. bertambah tambah pinggan aku makan : :
dari petang membawak ke malam aku dengan fin lepak.
siap tidur termimpi-mimpi.
pastu tumpang mandi semua.
betul buat rumah sendiri kan he he he.

: : yang belah kanan tu aku lupa apa ke namanya. tapi orang malaysia la. husbandnya keje di phnom penh : :

: : malaysia boleh! #tetiba : :

: : Sempat ieyna prezenkan aku, fin & ernie beg mencomel ini : :
pastu aku dengan fin pun bergerak pulang.
tahan tuk tuk dan pulang ke hotel semula.
tq ieyna for the hospitality!
nanti nak posting lagi, jangan lupa update akak.
boleh akak menumpang sumur di ladang #eh

14 thoughts on “Kedutaan Besar Malaysia. Di Cambodia.

  1. x rugi buat baik pada org, mesti balasannya baik jugak nnti
    contoh dpt mkn nasi kerabu & prezen bag free hehehe

    • betul.
      buat baik dengan semua orang, walaupun belum tentu yang balas tu orang yang sama.
      tapi insyaAllah Allah bagi balasan dengan cara yang lain pula.

      tapi akak buat baik bukan ada sebab ek ek ek.
      akak baik ikhlas dari hati nurani ku yang paling dalam.
      ecewah..

  2. syiokkknya rumah besar. tapi kalau kena tinggal sorang2 harus serammmm :-[

    • hari tu ada dia bg no hp dia tapi saya dah tukar hp ni tak save plak.
      akak cer cari kat friend list saya kat FB

Comments are closed.