ke Wet World Shah Alam

hari sabtu 2 jun saya sekeluarga ke wet world shah alam.
first time saya sampai sini.
sementelah dah pernah bawak yaya pergi desa water park dan sunway lagoon, maka nya marilah kita cuba di shah alam ini pula.
kaklong sekeluarga ada. mama pun ada juga.
ikut dalam website waktu bukak 10 pagi.
kitorang sampai dalam pukul 10.45 pagi camtu la.
tengok kemain ramai orang q kat luar.
ingat kot tutup tapi tak.
rupanya ada problem sikit dengan sistem diorang.
mendapat la q panjang melebau.
pasrah.
q punya q dapat la beli tiket.
walaupun cam nak je saya memaki dengan orang yang dok potong q main kirim kirim suruh orang depan beli.
orang depan pun melayan.
apakah?
setel semua, lalu reramai la masuk ke dalam.
manusia adalah meramai.
standard la cuti sekolah.
sabtu pula itu.

: : tak sesabau terus tukar baju. yaya pakai swimming suit baru. dibeli di port dickson sana : :
kat bebelah depan penuh dah orang.
gazebo yang boleh disewa pun penuh juga.
maka nya kami masuk ke belah dalam dalam sikit.
duduk bawah khemah besau.

: : gigih meniup pelampung : :

: : ini budak kan, asal nampak saya je nangis. asal nangis je nampak saya : :
semua mandi kecuali saya.
adalah saya tweet hari tu.
sebelum saya bertudung pun saya toksey mandi manda ni.
inikan pulak nak bertudung.
lagi la tak berapa nak toksey.
sebab bagi saya, nak mandi manda ni kena seksi seksi.
baru la feel. boleh gitu? he he.
masing-masing la kan.
lagipun tempat camni nanti renyah la plak nak tukar baju, nak pakai tudung semua.
so takyah.
tapi takde la saya rasa kecewa ke sedih ke apa.
dunia je semua ni. huhu.
kalau ikut saya pun, saya memang tak minat nak pergi tempat-tempat ceni.
tapi demi anak kan, saya gagahkan juga.
encik z teman yaya mandi.
gilir-gilir dengan yang lain.
saya jaga beg.
baca majalah. layan twitter.
feel feel layan perasaan.
cuaca bapak la panas hoihhh..
berpeluh-peluh kat segala jenis celahan.

: : ini budak kecik pun ada mandi sampai taknak naik : :

: : normaya penjaga beg : :

: : euwww nampak (.)(.) : :
swimming suit cici tu turun temurun dari yaya.
membawak ke caca. sekarang ke cici pula.
boleh tahan lasak nya ya.
beli kat tesco melaka laaamaaaaa dulu.
dalam 2 jam setengah jugak la depa berendam.
abang long naik-naik je kata kulit dia gatal-gatal.
pastu macam bau klorin kuat katanya. huhu.
siap-siap mandi tukar baju semua.

: : caca menyusu dulu : :

: : cici melelapkan mata sebentar : :

: : yaya berborak dengan ayah nya : :

: : saya dah macam apa sinsing seluar gitu : :

: : ada orang sidai topi atas kuda laut ni. saya campakkan je. matikk la. tapi memang takde sivik betoi. huh : :

: : tangan sapa paling hitam? : :
tshirt biru muda tu saya beli kat ho chi minh.
tapi untuk budak kecik takde corak sama.
tu saya beli ipho warna biru tua untuk yaya.
saya je sama sedondon dengan encik z 🙂
sedikit info berkenaan wet world shah alam.
Wet World Shah Alam
Persiaran Dato’ Menteri,
Section 2, Shah Alam 40000 Selangor.
Tel : 03-5513 2020 Fax : 03-5510 7619
Operation Hours :10.00 am – 7.00 pm
Closed on Wednesdays, except during School Holidays & Public Holidays
Bayaran Masuk : RM20 untuk dewasa, RM16 untuk kanak-kanak (mengikut ketinggian)
selamat bermandi manda! 😉

8 thoughts on “ke Wet World Shah Alam

  1. kat Wet World ni ada jgk pameran reptilia ke apa tak silap?
    budak2 kalau dapat mandi, memang la takmo kuar kan.. sampai kecut.

    • pameran reptilia?
      ada eh? tak perasan la plak saya..

      nama pun budak2.
      mandi kolam/laut/sungai ni semua memang diorang suka la kan..

  2. pernah ke sini sekali. bermandi manda dgn rakan seofis..reramai. ada pernah sy blogkan dulu.
    yg bestnya berkonvoi ke sini dgn ntah berapa buah kereta, siap ber-walkie talkie bagai..
    sebab masing2 tak pernah sampai..takut kesesatan. tapi bila dah sampai..eh eh mcm senang je nk ke sini 😛

  3. Maya, anak buah u tu dah pegi check x? Coz anak i dulu pun kena mcm tu, “strawberry mark”.. mmg kena operation utk buang isi extra tu… if tunggu lama benda tu membesar

Comments are closed.