ke Taman Botani Negara Shah Alam

lepas kenyang masing-masing berketam-ketam, kami teruskan perjalanan ke taman botani negara atau dulu dikenali sebagai taman pertanian malaysia.
kitorang sampai dalam pukul 3.15 petang camtu.
waktu operasi kaunter 8.30 pagi sampai 4.30 petang.
sempat lah ni kan.
saya memang dah cakap dengan encik z, takkan larat punya nak jalan.
dengan suasana yang ampunnn panas sesungguh.
berpeluh tik tik tik mengalir.
so naik shuttle.
tapi shuttle macam tipu je, tak pusing habis pun.
dalam 15 minit camtu je.
oh yer dalam ni ada rumlah iklim sederhana 4 musim jugak.
tapi saya kata tak payah masuk la.
sebab sekarang jun summer kot.
motipp nak masuk dalam keadaan panas berdenting denting?
so lain kali datang masuk musim salji, barulah layannn.
dah habis pusing dalam tu, rehat kat tepi nak celebrate birthday encik z lagi.
berapa kali mau celebrate daaa.
sebab saya memang ada beli lagi extra slice kek secret recipe.
tapi bijaknya beli chocolate indulgence.
haruslah mencair. tsktsktsk.
takpelah, janji boleh makan kan.
rezeki jugak apa.
sebelum tempat ni ditutup, encik z pergi sewa basikal.
sejam RM5 je.
dia bawak la anak dara saya tu jalan-jalan.
saya tunggu kat kedai makan dalam tu, main game kat ipad.
sejam jugak kot dorang meronda.

: : last saya naik basikal dengan encik z kat pulau ketam lamaaaa dulu : :
bayaran masuk untuk taman botani shah alam ni RM3.00 dewasa dan RM1.00 kanak-kanak.
kalau bebila korang dah taktau nak bawak family jalan ke mana-mana, boleh pertimbangkan untuk ke sini yer.
tapi saya cadangkan pegi pagi la.
sebab petang-petang ceni memang panas.
tapi baik panas dari hujan, ye dok?
sebab. kalau hujan, apa pun tak boleh!

5 thoughts on “ke Taman Botani Negara Shah Alam

Comments are closed.