Kan Saya Kata Kita Cuba Sama-Sama

ada yang terasa rupanya dengan entry saya yang  INI 
saya letak gambar tu ja. yang saya ambil kat facebook kawan saya.
yang saya rasa molek untuk dishare kan.
ya ya saya kata kita cuba sama-sama.
kalau dah cuba tapi tak berjaya, kita cuba lah lagi.
takkan pertama kali cuba dah berjaya kan.
saya cakap pasal diri saya jugak la pastinya.
masa mula-mula saya bertudung dulu, saya pakai tshirt lengan pendek, saya tak pakai inner atau pun sarung tangan.
siapa pembaca blog saya yang setia pasti perasan ja kan saya tak pakai dalam gambar-gambar yang saya letak.
lepas-lepas tu saya cuba pakai inner dan sarung tangan. masa tu la saya fikir, saya ni membalut bukannya menutup. jadi saya rasa pakai atau tak macam sama je.
yer saya faham ada yang kata sekurang-kurangnya ada cubaan di situ untuk menutup lengan/tangan.
dari terbiar nampak kulit.
masing-masing ada pendapat dan cara tersendiri.
saya yakin ramai ja yang tau (termasuk saya) yang memakai inner/sarung tangan tu bukan cara menutup aurat yang betul.
tapi mungkin masih belum punya kekuatan untuk mengubah cara itu, dan mungkin juga kerana kesesuaian acara dan tempat.
macam contoh kata family day, kita diprovide dengan tshirt sorang selai. dan tshirt tu pulak berlengan pendek.
adakah kita begitu kekwat nak bagitau pada orang excuse me, sorry i dont wear this short sleeve shirt.
tak kan? itu dah macam pentingkan diri sendiri.
so we wear inner/sarung tangan.
maybe kita boleh adjust inner tu lebih loose supaya tak nampak jelas bentuk lengan/tangan kita.
dari pakai saiz S, mungkin kita boleh pakai saiz L maybe?
itu lah maksud saya kita cuba sama-sama.
sekali lagi saya bagitau, ini juga peringatan untuk diri saya.
untuk sekadar baju jalan-jalan, saya rasa pepelan kita boleh kurangkan/elakkan.
banyak baju lengan panjang yang loose dan labuh dijual di pasaran sekarang.
kita cuba perlahan-perlahan. sama-sama.
insyaAllah.
ote?

6 thoughts on “Kan Saya Kata Kita Cuba Sama-Sama

  1. manusia berubah2..tak perlulah nak emosi yang lain tue…yang baik jadikan teladan dan yang tak baik buang jauh2

  2. Gud Mya.. Ailoike
    kita sesama la mencuba, saya pun cemtu gak. Ada kala senang hati ja t-shirt berlengan pendek.
    Tapi terkadang, rasa cam bersalah pulak.
    Bak kata Mya la kan.. pepelan kita berubah 🙂

Comments are closed.