Choeung Ek Genocidal Centre

seterusnya.
ke choeung ek genocidal centre.
yang jua terkenal dengan namanya the killing fields.
sini adalah tempat si pol pot cilakak tu mencampakkan semua mangsa-mangsa kekejaman beliau.
ada yang dah dibunuh di penjara Tuol Sleng Genocide Museum, ada jua yang dibawa ke killing fields ni dan dibunuh secara beramai-ramai.
jahanam ok perangai kau. puiii puiiihhhhh…
masa van nak membelok masuk, aku ternampak seseorang yang seperti ku kenal tengah berdiri nak tahan tuk tuk.
terus aku cam ‘eh eh… kak illa!!!’
ustaz salleh macam pepaham je.
terus buat u turn, kejar kak illa yang dah dalam tuk tuk masa tu.
pastu hon hon, aktiviti melambai pun berlaku.
tuk tuk tu stop sengih sengih.
kat KL punya lah susah nak jumpa kak illa.
tetengok jumpa kat phnom penh. hehehe.
berenti borak borak amik gambar.
fin pun kenal kak illa.
sebab dulu kitorang pernah sama-sama travel jalan-jalan ke kuching, sarawak.
adalah best!!!
travel dengan kak illa & fin best sebab diorang sangat best lah.
takde nak emosi ke, mengada ke, merajuk ke, memang takde.
sporting dan tak kisah je jalan ke memana pun.
love korang! muahss..

: : kak illa bercuti dengan kawan dia. ye la takkan nak bercuti dengan musuh plak kann : :

: : bergambar dulu sebelum masuk ke dalam : :

: : dalam tu la ada banyak tengkorak mangsa. sat g kita masuk : :

: : sebelum tu bergambar kat pokok unik ni dulu : :
korang tau tak ni apa.
yer ini adalah sejenis pokok yang mempunyai pelepah.
tentera pol pot membunuh orang dengan cara menggergaji leher orang menggunakan pelepah ni.
tumpul tapi tajam. eh bagaimanakah itu?
macam gergaji la.
kalau pisau tajam senang sekali zasss dah mati kan.
ni mangsa sangat terseksa ok!! huhu..

: : salah satu perkuburan. semua takde kepala 🙁 : :
actually mayat adalah di dalam tanah merata-rata.
kira tak mustahil kau akan jalan di atas tengkorak-tengkorak yang bertebaran.
tu ustaz salleh korek-korek tanah tu, pastu terkena kat tengkorak manusia.
serius agak ketakutan.
sekali lagi diberitahu, sini pun sama jugak.
korang kena ada kekuatan diri yang tinggi kalau nak ke sini.
sebab perasaan sedih bercampur baur.
balik dari sini jangan lupa basuh kaki, amik wuduk.
takut la kan kot kot ada yang mengikut.
nauzubillah…
ini ialah pokok pembunuh.
mangsa dihayun ke pokok ni bertalu talu lepas tu dicampak ke kawasan sebelah, dan terus terkubur kat situ.
ini adalah khas untuk mangsa perempuan dan kanak-kanak je.
dah menengok kawasan luar ni, kami dibawa masuk ke dalam satu bilik.
bukan bukan.
bukan untuk diseksa yer.
tapi untuk menonton video tentang kekejaman pol pot ni.
bagaimana kerajaan boleh jumpa tempat ni, dan banyak lagi fakta.
tapi aku dah lupa la. sorry.
kalau korang eager nak tau dengan lebih mendalam, boleh google k.
pastu baru masuk tempat yang dikumpul tengkorak tu.
suasana sepi dan sedih menyelubungi di dalam.
ni aku nak ingatkan, tempat dalam ni kecik je tau.
dia empat segi. kau boleh jalan keliling.
tapi dalam tu kecik je. tengok gambar aku tu.
muat muat je kan?
so kalau korang badan besar, kau tengok dari tepi tepi je lah.
nak masuk dalam kalu, kang tercepit sapa nak jawab?
tak pasal korang pun jadi salah satu tengkorak kat dalam tu.
amboiii normaya. gurau kasau nampak?
sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, kami duduk melepak kat luar pekena air kelapa muda pula.
feel feel tepi pantai sudahnya.
apa jadi pada pol pot?
dia memerintah 3 tahun saja.
tapi dengan penuh kekejaman.
beliau digulingkan oleh seorang yang namanya aku sudah lupa.
kira orang tu dah buat perancangan untuk menggulingkan pol pot.
dan buat pengetahuan korang, pol pot dah pun mati tak berapa lama lepas tu.
semoga beliau mendapat balasan setimpal dengan perbuatan dia yang sungguh laknat itu. emosi haku.

6 thoughts on “Choeung Ek Genocidal Centre

  1. Kannnn…puny Susah nk jumpa kat kl..boley lak kat tempt pol pot kita bertemu…alaaaaa I miss nk jalan2 lg ngan uolls..nnt g memana, ajak lah daku yerr

    • tu la pasal. berjodoh plak kita dengan pol pot #eh.
      ok kak nanti kita plan plan lagi ke mana-mana 🙂

Comments are closed.