BerCukup Indah di Putrajaya

ini cerita lepas wedding adik kakred hari tu.
punya la saya peram sebab konon konon nak upload youtube.
tapi sampai ke sudah tak buat-buat.
takpela, kalau rajin saya upload la nanti.
kalau tak, takde la yer.
saya kena habiskan jugak entry ni sebab saya nak proceed entry cambodia.
yes u heard me!
cerita cambodia yang bulan 1 hari tu.
tapi ni pun saya update kan setakat phnom penh je.
yang siem reap tak buat apa lagi.
sabar lah yer. orang sabar selalu untung 😀
ok dari cheras tukar baju kat petronas.
terus zasss ke putrajaya.
ni saya buat perancangan sendiri-sendiri je.
tak bagitau encik z pun.
dah dalam kereta baru bagitau he he he.
tapi tu la saya ni memang beruntung la bersuamikan encik z tu.
baik bebenar dia.
selalu je ok ok dengan plan saya.
sayang ia (L)
ke putrajaya sempena himpunan jutaan belia tu.
merangkap jom heboh tv3.
berpusing pusing gak kitorang mencari kat mana sebenarnya.
akhirnya dapat parking strategik, takyah jalan jauh sangat.
tapi rupanya panjang sampai ke hujung. pitam.
mau 3 kilometer lebih kot kitorang jalan pergi balik.
tapi best lah tak terasa penat pun.
salamiah hassan perform.
umur 61 tahun, tapi still bertenaga dan nampak muda.
makan jamu mak dara kah?
kepenatan lalu membeli minuman drive.
alaa yang aaron aziz jadi duta tu.
rasa dia macam livita sesikit.
siapa kerja perbadanan putrajaya ek?
haaaaaa…. kak akmal & pijah.
hai korang *lambai
ni pulak POJ.
dulu ernie kerja kat sini.
nasib baik dia mintak transfer.
kalau tak, tak merasa lah kami tumpang rumah kawan-kawan kat taiwan & ho chi minh.
ni pun tengah pasang angan-angan nak pegi ireland.
hai zara, tumpang lalu 😉

: : red stilettos : :
macam-macam ah ada kat sini.
pameran, jualan, promosi, game, makanan dan lain-lain.
meriah la nak santai-santai.
dah puas jalan, tibalah masanya untuk pulang.
terlalu pulak depan stage hotlink.
nampak tomok! aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
yer saya peminat tomok.
pedulik dia muda remaja ke, saya remaja purba ke.
minat jugak jugak jugak.
ajak la encik z stop kejap nak tengok dia perform.
dari 1 lagu, membawak ke 2 lagu, 3 lagu.
last-last haaaa sampai 6 lagu kau.
dari tepi stage, ke tengah stage.
dari belakang, terus ke depan.
encik z muka sikit lagi nak menyerupai the hulk.

: : fokus kat tomok : :
antara lagu dia nyanyi berlari, meraung, sejarah mungkin berulang, marah bukan sifatku.
gila ah dia 6 lagu tanpa henti.
takde air mineral ke hapa.
respek ah.
lepas tomok, aliff satar lak muncul.
saya stay lagi. haha sian la encik z.
tapi macam saya cakap, baik dia tu.
dia dok diam je geleng geleng tapi takde la merempan marah marah ke hapa.
lagi sekali sayang ia (L)
aliff satar pun best.
suara best. orang best.
dia nyanyi lagu baby baby tu dengan yang cukup indah ke apa tu tajuknya.
best lah. enjoy je..
saya beli apa eh kat sini.
ah jajan sikit. seaweed.
dengan beli air 2 kali.
air kelapa cair. air milo pun cair.
kesian.
ok dah jom balik.
tahun depan kalau ada nak datang lagi.
belia tak belia, kisah nyah…..

6 thoughts on “BerCukup Indah di Putrajaya

  1. gigih ko kak..jalan jejauh tu.
    ku yg meredah dgn kereta mlm2 sebelumnya tu pun sesak nafas tgk maknosia.

Comments are closed.