Berbalas Senyuman Dengan Momok

saya ternampak ada orang klik kat LINK ni kat live traffic feed.
saya pun klik la baca.
yer saya memang suka klik baca entry-entry lama saya.
ada yang buat saya senyum sorang sorang.
ada yang buat saya rasa malu nya.
kenapa lah saya menulis begini dahulu. begitu.
ok berbalik pada entry kat LINK ni tadi, oh saya ada janji rupanya nak cerita pasal momok yang saya jumpa kat bali.
belek-belek draft, haah ada rupanya.
tapi tajuk je la, isi cerita takde langsung haha.
pastu teringat yang saya pernah hantar kat slot misteri malam kat blog kakred.
lalu saya pun search dan jumpa entry kat blog kakred tu.
saya letak la kat sini lagi sekali eh.
sesiapa yang dah baca kat blog kakred tahun lepas tu, buat-buat tak nampak je la.
yang belum baca dipersilakan.
Baru baru ni saya bercuti ke Bali.  Saya dan suami stay kat satu hotel di area Seminyak. Hotel ni nak kata baru tak jugak,  dah lama rasanya, Cuma baru baru ni diambil alih oleh management lain.
Lepas diambil alih oleh management lain, diorang upgrade hotel ni, tambah bilik. Kebetulan masa saya datang tu memang tengah renovate besar besaran jugak. Dan malangnya saya dan suami dapat bilik yang belah belakang, disebalik tembok batu yang tinggi. Kat situ plak diletakkan cam plastik besar yang biasa orang cover batu bata tu. Bila malam je angin kuat memang berdesir desir la bunyi plastik tu.
Dari reception nak ke bilik kami ada dalam 5 minit kot berjalan. Memang jauh ke belakang.
Masuk masuk bilik je saya dah rasa semacam.  Dan bau simen / batu bata yang kuat. Macam kalau kita pindah rumah baru, kan ada bau bau rumah baru tu kan.
Ha macam tu lah bau nya.
Bilik saya tu besar.  Katil king.  Ada perhiasan dan ukiran ala Bali.
Saya tinggal kat situ 3 malam. Malam pertama ok lagi. Malam ke dua kan… waktu saya tengah tidur, mengadap ke kanan, tiba tiba saya nampak ada sorang perempuan duduk betul betul kat tepi katil. Buat pengetahuan Kak Red, katil saya ni jenis rendah punya.  Jadi macam boleh kita nak duduk bersimpuh kat bawah, dan letak tangan atas tilam.
Perempuan ni dia letak dua tangan dia atas tilam, disilangkan tangan dia ala ala kita berpeluk tubuh.
Tapi dia letak tangan dia atas tilam.
Dia pandang saya senyum je.
Saya takde la terasa nak jerit ke apa, tapi saya mengengsot ke arah husband saya. Husband saya plak tidur mati agaknya, tak terasa saya dah mengengsot ke arah dia.
Saya tutup je muka dengan bantal sambil baca doa sikit sikit dengan harapan perempuan tu akan hilang. Tapi tapi tapi, bila saya kalih kan bantal perempuan tu masih ada lagi kat situ. Dia tak buat apa apa. Senyum jer.  Tapi takkan saya nak berbalas senyuman dengan dia kot. Motif sangat berbalas senyum dengan hantu kan.
Saya membatu je lah kat situ.  Sampai saya tertidur. Saya tak nampak dengan jelas sangat rupa paras perempuan tu walaupun dia dekat sangat dengan saya. Tapi rasanya raut wajah macam orang Indonesia.
Mungkin tu tempat dia kot dulu. Wallahualam. Itulah kisah seram saya di Bali.
itulah ceritanya.
taktau la bagi korang seram ke tak.
bagi saya of coz la seram.
cuma cam pelik kenapa saya tak pekik atau kejut encik z.
agaknya sebab saya nak meminimakan pergerakan saya kot.
takut momok tu perasan bila saya gerak.
lah sangat kan.
walaupun itu adalah momok. dia mesti la tau kita gerak ke hapa kan.
sorry saya tak update sangat.
cerita tak berapa nak ada.
mood pun sama.
korang have a nice weekend ya 🙂

12 thoughts on “Berbalas Senyuman Dengan Momok

  1. awat tak ajak sembang, kak? kehkeh kemain aku. kalau aku dah kencing berak atas katil tu dah.

  2. ai dah baca kat blog kak red. pun dah dengar live dari tuan punya badan juga.

  3. Lama I tunggu entry ni… Akhirnya keluar juga… hehehe… Tabik spring la Maya. Kalo jadik kat I, eee… tak terbayang la eh. Nauzubillah…

    • hehe.. mau tak lama. dah setahun.
      dari freehair sampai dah bertudung hikss..
      tu la, i pun tak pernah terfikir akan kena ceni.
      sib baik la takde dia mengilai ke hapa kan, kalau tak, taktaulaa..

  4. ayo Kak, sib baik dia x ikut akak balik..he..he..he.. tp kira berani juga la akak ni berbalas snyuman dgn entiti tur…klu saya, entah..x blh nk fikir lg…

Comments are closed.