Wahai Perempuan, kurangkanlah ketawa

habis kalau perempuan yang pendiam dan tak banyak gelak, adakah ia menjadi pembising apabila ada masalah?
dan adakah ia tidak menangis? atau kalau menangis, tidak menangis dalam diam?
think think think.
tapi kan. saya memang ada kenal orang yang seperti ciri-ciri yang UAI katakan tu.
di alam nyata peramah mesra dan selalu gelak ikan kekek mak eloi eloi mengilai ngilai.
tapi yang sebenarnya dia banyak sangat masalah dan selalu pendam menangis sorang-sorang.
kesian kan.
tapi what to do. hidup memang macam ni.
saya? saya average kot. gelak tu gelak jugak.
tapi dengan orang-orang yang rapat dengan saya je la.
kalau yang tak rapat biasanya saya senyum-senyum je.
kalau ada masalah? kadang-kadang saya cerita jugak, kadang-kadang saya diam jugak.
pendek katanya, saya ni fleksibel lah kot. ikut keadaan gitu.
tapi kita ni perempuan, tak payah gelak besar sangat lah kot eh.
Di antara yang menggoda lelaki adalah derai tawa (ketawa) seorang wanita di depan mereka, apalagi jenis ketawa yang memberahikan. Demikian pula senyuman diiringi dengan ketawa kecil yang seksi lagi menggoda, inilah yang sangat dilarang oleh agama kerana untuk menjaga harga diri wanita dan juga mencegah daripada timbulnya fitnah.
kredit : gerimishati

14 thoughts on “Wahai Perempuan, kurangkanlah ketawa

  1. saya adalah spesis ketawa pendek. macam HAHA. pastu diam tutup mulut tapi muka dah merah2 :p saya pun average kot mcm akak. xde lah saiko sangat gelak mengilai2 kan ^_^

    • kalau dah berlaki tu sila gelak mengilai ngilai depan laki je ek.
      kalau belum berlaki tu, errr errrr.. sila gelak mengilai sensorang dalam rumah.
      he he he.

  2. ye kot
    sbb org yang cenggini gunakan medium bising dan gelak untuk merawat hati laranyaaaa

    • gelak mengikut jalan cerita ok.
      gelak hahahhhahahaha tak kena gaya, sila pergi meninggal dunia :p

  3. mmg kesian lah..
    ibaratnya mcm time ketawa tu ramai je peneman..tp bila sedih, nangis lah situ sorang2..huhu..so sad

  4. aku tak reti gelak. lagi sedih. bila gelak aku rasa awkward gila. cepat-cepat aku berenti. tapi aku buleh gelak berdekah2 dengan orang yang aku rapat ja la. kat public nak tengok aku gelak, boleh la kalau nak bet sorang seratus.

    • amboi bet sorang seratus tuuu.
      maknanya hang mmg yakin.
      baguih. akak memang suka org berkeyakinan.

Comments are closed.