Pendapat Itu Subjektif

kalau orang kata blog kau tak famous, tak best, entry terhapa-hapa, tu kira mengumpat ke?
aku tak rasa itu salah satu kaedah umpatan.
tak kisah lah orang tu kata pada kawan dia ke, kawan kau ke, musuh kau ke.
bagi aku itu satu pendapat. pendapat dia.
pada pendapat dia blog kau tak best.
tapi kalau kau rasa blog kau best, ya nggak apa-apa lah.
pendapat ni tak ada istilah betul atau salah.
nama pun pendapat. sangat subjektif.
pada pendapat kau durian tu sedap.
pada pendapat aku durian tu tak sedap.
adakah kau betul? adakah akuĀ  betul?
sama ada dua-dua betul. atau dua-dua tak betul.
jadi, tak payah la nak sentap sangat bila orang kata blog kau tak best, blog kau tak ramai followers. blog kau sendu tak de orang nak komen.
accept as it is je la.
itu lah namanya pendapat.
ada setengah orang aku tengok bukan main lagi memberi pendapat atau membidas pendapat orang, tapi bila dia sendiri dibidas, amboiiii bukan main merempan tak boleh terima.
weyy.. sekali lagi aku nak cakap.
pendapat ok. pendapat. takde betul salahnya.
itu pendapat orang.
kalau kau boleh terima, baguslah.
kalau tak boleh terima, duduk diam-diam sudah.
kalau tak boleh terima, nak jugak bagi pendapat, bila pendapat kau dibidas, kau kena terima lah.
jangan la bila bagi pendapat kemain lagi membagi orang, bila orang bagi plak pendapat dia, kau tak puas hati terus bercerita sana sini.
kata orang tu mengumpat kau. apa celop?
kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
kalau takut dibidas pendapat, simpanlah pendapat itu di dalam hati!

10 thoughts on “Pendapat Itu Subjektif

  1. pendapat saya?

    saya pentingkan pendapatan dari pendapat. ini pendapat saya. sekian.

Comments are closed.