My Preferred Card

oleh sebab aku asyik melayan perasaan yang ntah hapa hapa ni, banyaklah cerita yang tertunggak tertonggeng.
korang layankan je lah yer.

ini cerita pergi makan kat seoul garden kat plaza pantai sana.
kak noni belanja semua AJK family day hari tu.
alah family day yang aku tak dapat nak pergi sebab aku cuti-cuti ke ho chi minh.
tapi bertungkus lumus kot buat gitu gini.
makanya kak noni sebagai presiden kelab sudah bermurah hati mau belanja kami kami ini.

pergi naik 2 kereta termasuk kereta aku.
takpe dekat je. jalan pun senang. sap sap soi dah sampai.


: : gambar makanan buat syarat : :


: : man, umi, sham, mya, hakim, abang mdnoor, lina & kak noni : :

kebetulan esoknya tu birthday abang mdnoor, so aku nak guna yang promotion tu.
tapi kena jadi member dulu.
bayar RM15. isi borang. pastu yeay dah jadi ahli my preferred card.
ahli seumur hidup so berbaloi di situ.
tak payah pikir nak renew bagai.


: : ini antara kelebihannya : :


: : kena makan lagi 9 kali pastu dapat hidangan free. apa? 9 kali? pinksun : :

thank you kak noni sebab belanja.
semoga terus dimurahkan rezeki yer.

2 thoughts on “My Preferred Card

Comments are closed.