Kepada Mommy Tersayang

ni cerita bulan 3 hari tu.
masa ada cuti sekolah tu. yaya datang KL.
last day sebelum dia balik taiping, balik dari office aku nampak ni atas katil.
pastu terus la belek.
surat dan kapal untuk mommy.
tetiba kapal bernama cici.


: : pandai jugak dia lukis : :


: : oh ada surat jugak : :

Assalammualaikum, mommy yaya bagi hadiah ni sebab mommy telah tidur dengan yaya malam tadi. yaya sayang sangat dekat mommy. yaya rasa macam tak nak balik taiping je sebab yaya nak tidur dengan mommy lagi 1 hari je. tapi yaya kena balik. tapi apa pun yaya tetap sayang mommy. muah3.

kalau dia datang KL kadang-kadang dia tidur dengan aku.
kadang-kadang tak.
sebab kadang dia dah tertidur depan tv kat hall.
tak pun bila dia layan cd dalam bilik dia, terlena kat situ.
last day tu je aku ingatkan dia yaya tak tidur dengan mommy lagi.
sebab malam tu aku dah masuk tidur dulu.
tengah malam nampak dia panjat katil tidur sebelah aku.
encik Z? tidur luar lorr..

surat bawah ni plak dia bagi masa aku balik taiping hari tu.
dia selit diam-diam dalam beg aku.
dia ingat aku tak nampak. tapi aku nampak je.
buat-buat tak nampak lah kan.

gambar bawah ni dia baru MMS last week.
dua-dua gigi depan dah patah dah.
lepas ni tumbuh gigi kekal kena jaga berhati-hati lah eh yaya.

anak aku dah 8 tahun. bukan 8 bulan.
so berhentilah dari tanya-tanyaanak awak mak awak jaga ke?’
‘taknak amik anak awak ke?’ ‘tak rindu anak awak ke?’

letih lah.

16 thoughts on “Kepada Mommy Tersayang

  1. lukisan org lidi tu alah2 pokok kelapa pula..hehe
    pedulikkanlah org nk ckp apa
    janji kita bahagia sudey

    • haah eh. baru akak perasan mcm org lidi.
      yup, dan sekarang ku bahagiaaaaa 🙂

  2. comeyla yaya buat kad cenggitu.bijak2..syok kan bila anak dah besar? hmmpp. xsabar nak tgg anak besar..huhu 😛

    • nanti dia dah besar rasa macam eh eh dah besar.
      nak dia kecik balik. itu akak rasa la sekarang huhu..

  3. kecik2 dulu kalau buat lukisan org, mesti akan pangkah kat leher tu..mcm yaya buat.
    motif? ntah..rasanya sebab takut gambar tu bangun mengusik kita kot..muahahaha!
    kak..biar la org luar yg kununnya ‘care’ sgt tu bercakap. yg penting kita & org sekeliling yg betul2 kenal & rapat dgn kita tahu. untuk dorang, pergi meninggal ko di sana!

    • woh ye ke. akak taktau plak pasal pangkah memangkah leher ni.
      ingat kot seni ehehe.

  4. kapal nama cici adalah sangat kiut.

    ps: ada tanda pangkah kat leher lukisan mommy, adakah mommy memakai rantai emas yang besar? (Y)

    • walaupun mommy tak pernah ada rantai emas besar.
      imaginasi pelukis semata-mata

Comments are closed.