Kalau Takde Benda Baik Nak Cakap, Lebih Baik Diam Je Lah….

aku ada bagitau hari tu kan, aku akan upload dan letak semua gambar gambar kahwin aku kat sini?
cepat atau lambat aku akan letak.
sebab aku nak simpan semua kenangan kat blog aku ni.
dan oleh sebab gambar tu semua sebelum aku bertudung, jadi memang lah gambar tak bertudung yang aku akan letak.
aku tak tau nak cakap macam mana, tapi aku kena cakap jugak kot.
tapi kalau dah kena pada orang yang tak suka kat kita, kita buat apa, cakap apa, semua buruk belaka di mata dia.
tapi takpela, kita bukan boleh paksa orang suka dengan kita.
tapi tak perlu jugak paksa orang lain tak suka kat kita.
kalau tak suka kat aku, tak suka sorang-sorang sudah lah.
nak hasut orang lain tak suka sama kenapa nya?
lumrah manusia walau macam mana kita explain, mereka cuma mahu dengar apa yang mereka mahu dengar.
jadi aku rasa itu semua akan menjadi sia sia dan cuma akan lebih membuat hati aku terluka.
pernah dengar kan ayat bawah ni.
Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.
aku umpamakan macam ni lah.
kalau korang (haters & stalkers) rasa blog aku ni seumpama bangkai, janganlah korang jadi lalat yang mencari dan membongkar keaiban aku kat sini.
kalau kata aku berdosa sebab letak gambar aku tak bertudung kat sini, itu antara aku dengan Allah Taala.
esok jika panjang umur aku dan sempat menutup blog ni dan bertaubat mungkin Allah Taala akan memaafkan aku.
tapi kau yang mencari keaiban dan mengumpat aku macam mana?
terhapus kah dosa antara kau dan aku?
terlalu banyak soalan yang diasak tanya pada aku.
adakah aku tidak akan berjabat tangan lagi dengan bukan muhrim.
adakah aku tidak akan membuka tudung di depan perempuan kafir.
adakah aku akan pakai stokin untuk menutup kaki?
adakah aku tidak akan pakai lagi tshirt pendek.
berasak asak soalan yang datang.
aku tiada jawapan untuk ini.
aku agak baru bertudung.
beri aku masa untuk berubah secara berdikit.
aku tak mahu perubahan yang drastik sementara.
biarlah sedikit tetapi kekal selamanya. secara hakiki.
dan bukan semata berubah dari segi pemakaian.
hati pun kena bersih bukan.
apa guna pakai tudung dari seusia 7 tahun tapi hati penuh hasad.
lidah tak dijaga, berbicara perkara dusta.
meninggi suara pada suami, menyakiti hati orang sekeliling.
get it tak apa aku cuba sampaikan ni?
wahai stalkers & haters, takde apa yang best dengan aku ni.
aku nak tolong korang dari dapat dosa, so tak perlu lah datang ke blog aku ni lagi. takde apa yang best pun.
aku maafkan korang. so lepas ni kita move on lah ya?
oh satu lagi.
pada kawan-kawan yang suruh aku remove semua gambar aku yang tak bertudung kat blog & fb tu, dan yang juga menentang aku letak gambar aku tak bertudung kat sini, terima kasih banyak banyak.
aku tak marah.
even sebelum ni aku tak bertudung pun, bila ada orang tegur, ada aku marah? takde kan.
ini komen yang aku dapat semalam.
dia sebut ‘kawan akak tegur’
oh pada kau dan mungkin readers lain yang tak tahu hujung pangkal.
orang itu bukan kawan aku ya.
used to be kawan. but not anymore.
kak,tp kenapa sy ada bc post akak,ada kwn akak tegur akak siarkan gmbr akak xpkai tudung akak marah.sdgkan apa yg dia tegur tu betul kot kak.bila kita dh tutup aurat mean kita dah tutup dr pandangan lelaki tp kenapa akak nak pamerkan semula hanya kerana marah kawan akak tegur.salah tu kak….aurat akak utk suami bukan utk dipamerkan dgn mudah hanya kerana marahkan seseorg.
sy marah sebab sy bc tulis marah dekat kawan akak tegur.tak tahu la kakak ada masalah ke ape dgn dia tp apepun perbuatan tu tetap salah.jd,bila org terus menerus mengata dan marah dekat kita,kita kena fikir jugak,adakah aku yg salah atau org yg suka menghukum?
cik ita, sila baca balik ayat aku kat ENTRY NI
aah ingat pulak kau yer kau pun pernah mempermainkan tudung ek?
kau kata apa, pakai tudung kalau tak nampak leher tak lawa?
aku ingat. tapi aku takde nak petik membagi kau sebab aku tak keji macam kau.
eh macam ayat kau hari tu je kan?
tapi yer lah itu kisah silam kau kan.
dan kisah silam kau pun bukanlah tawadduk sangat.
so tak payah la bersungguh sangat nak bongkar kisah silam aku.
bongkak kan ayat aku kat atas ni?
aah memang bongkak. tapi bongkak untuk kau sorang jer.
orang lain kalau nasihat aku terima sebab berhemah.
kau tu je macam bagus nak nasihat orang, tapi pernah kau cermin diri kau sendiri sebelum nak nasihat aku dan orang lain?
memang betul ‘nak tegur orang tak perlu tunggu sampai jadi ustazah’ tapi agak-agak la apa yang kau nak tegur tu.
kalau kau pun kaki mengumpat mengadu domba memanjang tak puas hati dengan orang, pastu bila ada orang lain mengumpat, kau nak tazkirah dia plak.
cam apakah kau?
kepada cik si pengomen yang bernama ita, awak ni tak faham ujung pangkal cerita sebenarnya.
pernah dengar kan kata-kata ‘Kalau takde benda baik nak cakap, lebih baik diam’
kalau nak cakap jugak, kan boleh je approach aku kat email.
ni nak jugak mengomen. nak nak nak jugak kan?
ni aku letak balik ayat dari entry sebelum ni.
Iman Syafie’ berkata, “Nasihatilah diriku dikala aku sendirian, janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat di hadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu.”
ah buat pengetahuan awak, ‘kawan akak’ yang awak cakapkan tu.
dan so call ‘teguran’ yang dia buat pada akak tu, adalah di dalam entry blog dia.
yang mempunyai ramai followers (lah sangat).
dan akak tak boleh terima itu sebagai satu teguran yang ikhlas.
pulak tu followers dia semua komen pun wah wah wah wah.
mengata mengeji aku macam ke diorang tu kenal aku.
kesimpulannya. aku tak terima nasihat daripada orang sebegitu.
ok, clear?
kalau tak clear jugak, just leave me alone.
yer sekali lagi kedengaran bongkak.
tapi itulah hakikatnya. tak perlu datang baca blog aku ni lagi.
me dont welcome readers like you.
love me or hate me.
kau suka. kau stay. kau tak suka kau blah.
simple as that.
kalau katakan aku tegur korang pakai tshirt, then pakai inner kat dalam, memang lah cover lengan, tapi still ketat nampak bentuk lengan bukan?
dan kalau aku tegur korang pakai tudung tak tutup dada, still korang rasa korang bertudung bukan?
dan korang bertudung tapi tak pakai stokin, walhal korang tau kaki tu pun aurat.
tapi orang tegur, adakah korang terus pakai? tak kot kan.
there same goes to me.
bukan kita menidakkan yang nyata, tapi mungkin bagi kita, itu cara kita.
dan dalam masa yang sama kita masih berdoa untuk diri sendiri, supaya kita menutup aurat mengikut syariat yang sebenar-benarnya.
satu lagi. kita masuk syurga bukan kerana pakaian dan amalan kita, tapi keredhaan Allah Taala terhadap kita.
jadi berhentilah bersikap sombong dan bongkak.
aku kadang-kadang jadi takut tengok sikap sesetengah orang yang ‘selalu merasa diri dia betul’
diorang rasa diorang ni Tuhan ke?
memetik kata kata sham kamikaze : Ada sahabat yang memberi pandangan untuk saya remove gambar gambar yang lama.  Saya katakan biarlah agar ianya menjadi peringatan untuk diri sendiri dan sahabat semua.  Hidup ini hanya pinjaman dari Allah Azza Wajalla, tiada apa yang nak dibanggakan dari kehidupan silam mahupun hari ini.  Wallahu’alam.
Hari ini dia mungkin tak bertudung, esok mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya…
Hari ini dia mungkin seorang yang mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya…
Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah, esok mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena…
Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me’neraka’kan org. Tapi…mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan….
Jangan HINA permulaan seseorang..kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya.
walaubagaimanapun, gambar-gambar yang aku rasa sangat menjolok mata dah pun aku private kan kat facebook.
insyaAllah sedikit demi sedikit aku akan privatekan album lain jugak nanti.
– AKU INSAN BIASA. KAMU JUGA –

10 thoughts on “Kalau Takde Benda Baik Nak Cakap, Lebih Baik Diam Je Lah….

  1. ..”tapi kalau dah kena pada orang yang tak suka kat kita, kita buat apa, cakap apa, semua buruk belaka di mata dia.
    tapi takpela, kita bukan boleh paksa orang suka dengan kita.
    tapi tak perlu jugak paksa orang lain tak suka kat kita.
    kalau tak suka kat aku, tak suka sorang-sorang sudah lah.
    nak hasut orang lain tak suka sama kenapa nya?”…

    SANGAT SETUJU! (Y) (Y) (Y)

  2. aku siap kena maki berjemaah kat komen box insan terpilih ittew. pastu aku terpikir, yang mengutuk aku tu, sempurna sangat kerrrr…??? kesian. sebab lebih sedap depa mengata, depa tak sedar, depa tengah menjatuhkan taraf masing-masing lebih rendah. rendah dari aku kot. pasai aku tak kenai depa. anon. kahkah.

    harga yang perlu dibayar oleh seorang blogger ‘pemes’ (la sangat)

  3. “like”… ALLAH tidak menguji seseorang hamba melainkan sesuai dengan kemampuannya.. = peringatan utk diri juga

  4. Mencaci dan menegur adalah dua cara yang amat berbeza yer puan puan sakalian. Jadi jikalau mahu menegur, tegurlah dengan cara baik. siapa pun tak suka kene tegur dengan cara sindir menyindir. Jadi sila berhemah jika mau membetulkan kesilapan orang lain. *sambil betulkan serban*

    Ps: Komen pakai anon adalah komen si penakot, kalau berani letak nama siap bin atau binti la oiiiiii (&)

  5. org ni mcm2.. makin dilayan makin menjadi. slalunya yg xkena pada org lain, cepat sgt nampaknya. diri sendri punya kekurangan xnampak..kena muhasabah diri.

  6. oleh kerana sy pon x sempurna gak lg menotop aurat, jadinya ape yg sy bole buat bila bhadapan dgn kes2 sebegini (mber2 bertudung tapi tapi tapi tu) adalah mendoakan semoga kite sume akan berubah menjadi lebih baik. nak cerca kalu, pd org itu saje.. abes cite.

  7. pelik betul kalo ade org mcm tu di sekeliling kita.. erm, menutup kelemahan sendiri dgn mencari aib org.. adoi, kak maya, sabo je lah..

Comments are closed.