Hari Bersama Keluarga di PotDiksen

walaupun tak dapat join family day department aku, tapi aku dapat joint family day department encik z.
itulah namanya kalau jodoh tak ke mana. ok tak relevan.
hari jumaat lepas office tu dah bertolak.
hangkut payiet sekali.
untung dia boleh berfamily day di rumah sendiri.
oh tempat kejadian di kompleks peranginan B** di port dickson.

malam tu takde buat apa sebab aku migraine.
so bedebum tidur. aku tak tau encik z buat apa.
mungkin dia tinggalkan aku dalam bilik.
mungkin jua dia menonton tv.
yang pasti mak semput sebab dapat bilik tingkat 3.
kena panjat tangga lorrr..

esok pepagi dah semangat sesiap bangun.
cuaca mendung macam nak hujan. angin agak kuat meniup.
tapi itu tidak mematahkan semangat semua orang.
program dimulakan dengan acara senamrobik.


: : mendengar arahan sebelum senamrobik dimulakan : :

selepas itu game pun dimulakan.
aku jaga syirah & irfan sebab mama nya sedang bersemangat mau bermain.
see… saya boleh jaga budak-budak.
jadi dari mana datangnya tuduhan saya tak suka budak.
tuduhan itu sungguh tak berasas.
see u in court. #eh

kemudian aku dipaksarela untuk main game ini.
game orang buta nama diberi (suka suka je)
aku jadi orang buta. balqis jadi orang celik.
game ni grup kitorang menang. yehyeh.


: : sungguh bersemangat suami saya : :

untuk 2 gambar teratas dibawah ni, siapa dibawah umur sila tutup mata.
game bertajuk mencari barangan lalu disambungkan menjadi panjang.
dan grup mana yang paling panjang sambungannya, grup itulah menang.
ada ke aku disuruh bukak tali bra nak sambung bagi panjang.
heyyyyyy….

2 gambar yang bawah tu plak bergerak mengikut arahan.
sorang ditutup mata. sorang berdiri merata-rata.
lalu sorang lagi bagi arahan mencari partner.
tapi apa ke sengal officemate encik z ni, dia plak dok pekik pekik panggil encik z.
sib baik tak dibuang permainan.
mengikut risikan, memang dia ni agak sengal.
tapi takpelah, saya maafkan dia.
game family day je pun kan. bukan boleh dibawak masuk kubur.
apakah?

sukalah tengok gambar kami 3 orang ni.
macam suci murni je kan. kata kauuu..
walhal sebab gambar disnap menggunakan kamera DSLR yang mahal.
dua-dua lelaki ni saya sayang.
selain dua lelaki ni, saya sayang adik saya jugak.
pastu saya sayang bff saya rashid jugak.
ermm ex boyfren saya pun saya sayang jugak.
*kau memang gila normaya

ok seterusnya.
permainan di kolam renang.


: : bersiap siaga untuk menunjukkan skills menyelam dan merenang : :


: : sila rebut bola R untuk grup RED aka merah. bukan R untuk rye. eh? : :


: : blupp blupp bluppp. ini ialah payiet : :


: : officemate encik z yang super sporting : :

usai permainan di kolam renang, berhenti lunch.
eh tadi kat atas lupa lak nak cerita ada breakfast ek?
sebab tak snap gambar, tu lupa.
lepas lunch berkumpul semula untuk sessi pembahagian hadiah.


: : antara 3 grup. kami dapat last. tsktsktsktsk : :


: : last-last pun dapat banyak gak hadiah apa : :


: : grup merah. yeyyey : :


: : pembahagian hadiah hamper. not bad huh? : :


: : happy faces! : :

pastu berehat kejap balik bilik.
pukul 5 petang camtu dengar announcement dipanggil turun untuk polo air pula.
aku pun turun lah jugak.
sebenarnya malas tapi takut duduk bilik sensorang.
ngeh ngeh ngeh.


: : malam tu ada BBQ dinner : :


: : kemudian berkumpul untuk acara lucky draw : :


: : disampaikan oleh boss besau encik z : :


: : banyak jugak encik z dapat. of coz semua aku yang sebat. miahahhaaha : :

esoknya aku dengan encik z masih melepak kat resort sampai ke malam.
encik z qada tidur. aku layan mentor.
eh petang tu kitorang keluar jalan-jalan kat teluk kemang kejap.
tapi memang kejap je pun.
most of the time lepak kat bilik je.
berkasih sayang kata kau. heh.

15 thoughts on “Hari Bersama Keluarga di PotDiksen

  1. payiet posing tepi kolam utk majalah ‘playboy malaysia’ – Mangga..muahahaha! 😀

    • takpe pas ni mesti ada nya department baru coi.
      betul la weh aku dah cek. dia department DFE.
      apa daaaa taktau laki department mana he he.

Comments are closed.