Hantu tak membunuh manusia. Manusia yang membunuh manusia

ini plak kisah berdating dengan masy.
sebutan ialah mas. bukan masi. sila ambil maklum.
aku menggunakan kuasa veto untuk ke klcc.
sebabnya adalah malas nak drive.
naik putra lrt zass zass dah sampai.
awal gila kot kami berjanjian.
pukul 10.30 pagi macam tu la.

terus ke tgv sebab nak usha tengok ada movie apa yang menarik untuk tontonan bersama.
masy mencadangkan dark flight.
katanya cerita hantu.
i is love cerita hantu.
sementara menunggu waktu tayangan, breakfast dulu di mcdonalds.

maka tayangan pun bermula.
dark flight ni cerita thailand tau.
mengisahkan kapal terbang yang berhantu.
ada hantu tersemadi dalam kapal terbang itu.
sebelum diterbangkan rupa paras flight adalah normal, tapi bila berada di awan biru flight bertukar scary.

perjalanan tak silap aku dari bangkok ke phuket.
dalam sejam lebih je kot.
tapi cam bapak lamanya mereka semua berada di atas awan biru itu.
oh sebelum tu, watak utama adalah seorang ketua pramugari dan seorang engineer enjin kapal terbang.
terus memori bersama ex boyfriend menyusup ke dalam jiwa.

mereka berdua adalah pasangan kekasih.
engineer enjin kapal terbang itu (panjangnya nak taip), nama dia bank tak silap.
ketua pramugari itu bernama pim (pun kalau tak silap)
kalau silap nasib lah kan.
dalam flight tu ada la lebih kurang 20 orang penumpang.
dengan kisah masing-masing.

hantu dalam flight tu sebenarnya nak bunuh pim ja.
yang lain-lain tu dia ngusik ngusik ja tak heran pun nak bunuh.
tapi sebab ada sorang tu macam ala-ala dirasuk tapi sebenarnya tak pun.
dia macam nampak bayangan semorang jadi hantu.
haaaa.. dia amik kapak bunuh. begitulah.

banyak la scene scene mencemaskan dan mendebarkan terjadi di dalam flight itu.
sehinggalah akhirnya semua pun mati.
cuma 3 orang sahaja yang hidup. siapakah?
sila lah tonton. dijamin puas hati.
saya suka.

selepas bertarung dengan aksi debaran di dalam dark flight, tiba-tiba aku dan masy rasa nak makan.
jadi kami pun pergilah makan.
tempat pilihan adalah di madam kwans.
masy makan nasi hantu. mungkin terpengaruh dengan cerita dark flight tadi.
eh ye ke nasi hantu masy? sila tampil memberi penjelasan.
aku makan charkuey teow.

pastu order red ruby ni.
sedap nak mati sehingga rasa nak panggil chef mintak resepi.
tapi tak buat pun.
sehingga sekarang aku masih sangsi apakah biji biji merah ini.
oleh kerana perut aku kecil molek, aku paksa masy habiskan.


: : sopan santun meminum red ruby : :

sejurus selepas meminum red ruby, kami pun berpisah.
eh sebenarnya tujuan jumpa masy ni sebab aku nak bagi kopi vietnam yang dia kirim.
ada lagi 2 kotak ni. sapa mau? tapi bukan bagi free la.
aku jual. RM15 satu. ada berani?

naik putra lrt pulang ke wangsa maju.
malas nak tahan cab. aku jalan pelan pelan nak balik rumah.
terlalu depan saloon yang aku pernah buat rawatan resdung dulu tu.
so kasi singgah buat lagi sebab hidung dah gatal-gatal.
adalah best walaupun sebenarnya agak hazab nak tahan sakit masa asap masuk hidung.
pfffffffftt…

malam tu keluar pergi platinum walk jumpa eina, lat & zharief.
nak pas kan duit baru yang eina beli kat aku.
berzaman dah kot aku simpan.
eina ni biras aku. kot la sapa kepochi nak tau.
dia tengah pregnant tu.
dulu nak dapatkan zharief lambat jugak.
bila dah dapat hah… sekejapan lekat baby ke 2.
rezeki dia lah kan.

eh apasal tajuk entry aku macam ni ek?
haaaaaaa… sebenarnya tu bait-bait skrip dari filem dark flight tu.
masa hantu-hantu tu muncul.
ada sorang passenger cakap, hantu tak boleh membunuh.
hantu ni adalah tenaga-kintetik-oksigen-karbondioksia-atomatom (ok dah tak ingat)
tapi kira hantu ni tak boleh menyentuh dan membunuh kita la.

masa hantu datang nak kacau diorang duduk diam je tak gerak.
so lama-lama hantu tu boring lalu blah. begitulah.

makanya. begitulah.
ending tah hapa hapa.

12 thoughts on “Hantu tak membunuh manusia. Manusia yang membunuh manusia

  1. bukan nasik hantu ye, kari hantu sebenarnya. memang hantu betul sebab takde rasa kari pon. hantu nye tukang masak! hahahahahah!

    siap ingat detail cite lg.. sy klu tgok muvi, jalan cerita tu bole ingat paling lama pun 3 hari je pastu semua detailnya hilang dipuput bayu.. huhuhu

    mekasih kakak belanje ai mamam. insyaallah pasni turn ai pulak belanje ok.. (Y)

    • haha kari hantu yer. hantu punya kari hantu he he he.

      takde la details sgt tu. kalau akak update sejurus selepas menonton, lagi details tau. tapi tu la, dah kemalasan. ginilah romannya.

      sama2 kasih beli kopi vietnam.
      lenkali kita lepak lepak lagi yer..

  2. biji2 merah tu dibuat dari sengkuang cina
    potong kecik2 rendam dlm red colouring
    pasti digolek2 kat tepung ubi dan rebus
    maka terjadilah biji2 merah itewww
    gitulah kisahnya

    • wah haibat haibat.
      tapi sedap la kan bijik merah tu.
      so namanya sengkuang cina la eh..

  3. kesian saya..pemalas lipas nak tgk muvee baru di panggung, takut duit abis pon yee jugee..sudahnya, dgr@baca review dari org saja.. :-[

    • saya suka nonton movie tapi pilih2 jugak.
      saya suka yang action, thriller dengan cerita hantu.
      cerita kartun, kelakar2, sedih2 tak berapa minat

    • yer la nama pun hantu. sapa tak takut.
      kalau tak takut tu pasti cukup ilmu agama di dadanya.
      katakan tidak pada hantu

  4. waaaahh madam kwans pun ada manisan gitu eh… kat siam ni kalo makan restoran sokmo kami order mendalah tuh.. seddaaaaapppp kami rasa tu manisan orang sini la sebab rata2 tepi jalan pun ada banyak gerai jual… tapi kat sini guna cashews nut dalam bebola merah tuh, ada hirisan kelapa ngan nangka… nyum nyum.. (nanti kami up entry eh kiki)

  5. syokk arr ada kwn teman p tgk citer hantu… akak dulu p tgk citer JANGAN TEGUR dgn member… mcm seram amat tp last2 akak gelak kat member… mana nak mai seramnya heheh so moral of d story kalo agak2 pnakut jgn ajak aku teman p tgk muvie hantu silap ari bulan aku dok gelak kat org ja bukan tgk muvie heheh

    • saya ni pun penakut kak.
      tapi suka benau tengok cerita hantu.
      pastu sendiri ketakutan.
      tu yang encik z selalu bising tu.
      tapi biasanya saya ketakutan kejap je.
      2, 3 hari dah berani balik. ewah.

Comments are closed.