Cuba Lagi Sayang

hari tu balik taiping teman yaya pergi pertandingan mewarna kat perpustakaan awam kat taman tasik taiping nun.
pertandingan mewarna ni anjuran bersama perpustakaan dengan A & W.
dalam pukul 9 pagi camtu dah tercongok kami kat sinun.

: : baju baru yang dibeli secara online 2nd hand : :

: : pose dulu : :

: : layan game sebelum pertandingan bermula : :
lagi 3 orang ni ialah kawan-kawan sekolah yaya.
mak apak tak dibenarkan berada di dalam sepanjang pertandingan berlangsung.
lalu aku pun lepak lah di luar membaca buku.
nama pun kolaborasi, dengan tak semena-mena muncullah maskot a & w ni ha.
dia masuk usik usik bebudak dalam ni.
lepas tu mereka dijamu makan burger dan air seorang satu.
amboiii kemain muncung anak aku.
dah habis pertandingan, ada selingan sessi bercerita oleh pekerja perpustakaan ni ha.
walaupun membising budak-budak kat dalam, gigih jua beliau bercerita.
syabbas puan.
intan kamalia ni satu kelas dengan yaya.
tapi aku hairan bin ajaib tinggi benau budaknya walaupun darjah 2.
ke anak aku yang kecik eh?

: : beramah mesra dengan maskot : :
keputusan pun diumumkan.
yaya tak dapat placing pun.
aku pun tak dapat nak bagi pendapat sebab colouring tu tak dipulangkan.
tapi kalau nak ikut aku, memang takde bakat aku ni mewarna.
ingat dulu masa kecik penah masuk pertandingan mewarna, ada ke aku kaler burger warna biru.
walaupun masa tu dah darjah 5.
kesian kau normaya.

: : dapat sijil penyertaan je. takpe cuba lagi k sayang? : :
oh sementara pertandingan kat dalam tu, aku lepak luar baca buku ni.
Oh London! tajuknya.
cerita budak-budak je kot.
tapi adalah seronok sebab budak ni bercuti ke London.
tak sempat baca habis sebab dah habis pertandingan mewarnanya.
tapi boleh je kot aku pinjam kad library yaya lalu pinjam buku ni kan?
tak terfikir langsung.
dem.

8 thoughts on “Cuba Lagi Sayang

Comments are closed.