Blog Maya Dot Com

Blogger Kertu?

baru aku tulis kat entry hari jumaat hari tu kan, kalau ada apa-apa info lagi aku dah taknak amik tau.
tup tup aku received satu email dari reader.
dia mintak aku rahsiakan identiti dia. sokayy.
dia kata bukan tujuan dia nak meracun, memprovok atau melaga-lagakan.
cuma bagi dia, dia rasa aku kena tahu.
sebab dia pernah baca aku ada komen-komen kat blog si polan.
macam aku baik je dengan si polan.
rupanya si polan dulu kemain mengata aku.
sekali lagi. sokayyyy.
oleh sebab cerita ni takde kena mengena dengan ros, itu sebab aku up jugak.
ye la, kang korang cakap lagi.
maya ni tak habis-habis lagi kewww???
ye la banyak cakap kan banyak salah.
tapi sekali aku bagitau entry ni takde kena mengena dengan ros.
ote?
dalam email reader aku tu dia attachkan benda ni ha.
print screen twitter.
dia print kan kat aku raw lah.
aku yang hitamkan nama tu.
ye la tak baik aib kan orang.
korang tu bukan boleh percaya.
sat g aku tak hitamkan, mula la ada yang search users nanti.
pastu jangan enteng enteng nak print screen twitter orang.
kena saman nanti. #TDDMKA
memula of coz la aku taktau siapa ni.
tapi bila baca semua tweet yang dimaklampirkan, terus aku cam ‘ohhhhh’
si polan panggil aku blogger kertu?
ok jer. memang aku kertu pun. apa nak sentap.
lagi pun aku dulu pun penah je panggil dia tompok.
aku pernah je ajak kawan-kawan aku mengumpat pasal dia kat twitter.
bila dia buat benda yang sama, apa aku nak sentap plak.
amik la habuan kan normaya. u get what u give.
kata ku berfalsafah.
cuma yang membezakan, aku dah mintak maaf kat dia sebab panggil dia tompok.
dia pun katanya dah maafkan.
tapi dia tak de la pernah bercerita apa tah lagi mintak maaf kat aku yang dia pernah panggil aku blogger kertu.
tapi sekali lagi sokayyyy.
aku maafkan jugak dia walaupun dia tak de mintak maaf kat aku.
aku ni pemaaf orangnya.
cuma yang masih membelenggu dan menjadi persoalan aku sehingga kini.
isu aku dengan orang lain.
yang dia plak merempan rempan bertepuk tangan menggelakkan aku macam orang sakit otak tu kenapa?
serius tak paham.
bukan aku yang pergi mencari bukti.
bukti yang datang pada aku. dengan cara yang kadang kala aku tak pernah terfikir pun.
aku dah takde rasa bersalah, serba salah atau sedih.
sebab akhirnya jalan telah terbuka luas.
memang ada sesetengah orang yang walau macam mana kita buat baik pun, sebenarnya tak berbaloi.
dan aku tak menyesal untuk itu.
semua telah terbukti. titik.
Sometimes being too nice is dangerous, you have to show your mean side once in a while to avoid getting hurt.

    17 thoughts on “Blogger Kertu?

      1. Mya

        cerita kat phnom penh akak dah habis draft dah.
        minggu depan la kot akak up.
        tapi cerita kat siem reap belum laie. huhu..

    1. Poker Face Lady RaRa

      aku tak paham. siapakah kak? amboi kertu? sesuka hati panggey orang kertu, serupa dia sok sok tak tua. macam muda semedang. puih.

        1. Zara

          hahaha..ok nanti aku bawak ko ke cafe pavlova terhebat kat Dublin ni ok
          nak tumpang rumah? ala, bukan rumah aku pun..rumah kerajaan beb..boleh je nak tumpang..tak salah pun..kena sedar ar saper diri kan? eh..ada kena mengena ke jawapan aku ni? ok abaikan saja..nanti ada plak yang tersilap maksud..ahakksss..