Bila Diri Dihargai… Ewah Tajuk Mintak Penampau

ni cerita bulan april.
gila basi punya cerita.
tapi takpe basi pun basi lah.
nak jugak cerita.

bulan april seperti kebanyakan orang tau, adalah bulan setiausaha.
pada yang tak tahu, inilah saya nak bagitahu.
jadi sebagai seorang setiausaha harus lah saya merasa bangga walaupun saya setiausaha cabuk sahaja.

lalu dengan tak malunya bertanya kepada boss saya.
‘kak as taknak belanja saya apa-apa ke?’
yer itu memang soalan taktau malu.
tapi apa saya kisah.
saya mintak dengan boss sendiri. bukan boss orang lain.

mula-mula kak as nak bagi saya voucher.
saya menolak. amboi kemain lagi menolak walhal orang nak bagi free tu.
saya kata nak pergi lunch. sambil tengok artis.
sambil berhibur.
lalu terus menghulurkan brochure ning baizura di federal hotel.
kak as kata ok lalu menghulurkan duit.
brochure dan duit bertukar tangan.


: : replika federal hotel : :


: : gambar tak molek sebab guna kamera phone. kak sal la ni. tetiba blame kak sal : :


: : food spread : :


: : table number : :


: : stage : :


: : lagi makanan : :


: : ini semua yang saya makan : :


:ย  : ini tangan saya. yer agak berbulu : :


: : inilah kak salย  yang menemani saya : :

tiba-tiba terserempak dengan sekumpulan secretaries dari B**.
oooo pegi tak ajak!


: : kak sal yang teman saya, saya yang teman kak sal, kak izan yang serius, kak zai yang pendiam, kak suย  yang suka gelak, ahyue yang tengah maternity leave tapi nak datang jugak, haippp biasa tuuu, dan jullia newly wed yang baru berhijab : :

ning nyanyi dalam 10 buah lagu macam tu la.
saya paling suka lagu dugaanku.
dulu-dulu pergi karaoke suka nyanyi lagu ni.

Jiwa ku yang suram
Malam yang panjang ini
Aku bersendirian
Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah keresahanku

badan ning bapak bergetah oh.
melentik liuk je punggungnya.
korang tau kan dia run spa sekarang ini?
pastu dia jual jamu gak, hasil buatan ibu nya.

yang ni dia nyanyi lagu beribu sesalan.
berduet dengan diri sendiri.
haaa macam mana tu berduet dengan diri sendiri?
dia rakam separuh. dan separuh lagi dia nyanyi live.
unik la. lain dari yang lain gitu.

pastu ning turun bawah mendekati peminat.
saya pergi dekat ingat nak snap gambar ning jer.
tetiba tengok ahyue dengan kak su ada kat depan tu.
terus cakap dengan ahyue, nokssss mak nak bergambar dengan ning jugak.
kebetulan ada sorang brader tengah duduk bebetul depan ning.
bagi kamera kat dia, sap sap soiii bergambar.
siap saya pegang lengan ning lagi. jangan marah aaaa…

oh yer ada artis jemputan cina. perempuan. tak kenal.
baru rakam album katanya.
pastu pengacara majlis pun seorang lelaki cina tua.
saya saspek mungkin manager kat hotel tu la kot.
bajet ciput gamaknya.
sebab showcase ni pun murah je. 1st tier baru RM201.20.
murah la kan kan kan…


: : terima kasih boss! : :

ini doorgift yang saya dapat.
ada pencuci muka, pencuci ehem ehem, losyen kaki, bedak talkum, losyen tangan dan sanitiser.
ada voucher massage juga.
alhamdulillah rezeki ๐Ÿ™‚

last but not least, terima kasih kak as sebab belanja saya.
dengan ucapan, tahun depan belanja lagi eh eh eh..
saya gembira kerana mendapat boss yang baik seperti kak as *menadah tangan kesyukuran

16 thoughts on “Bila Diri Dihargai… Ewah Tajuk Mintak Penampau

  1. saya pun suka ning baizura
    tgk makanan tu laparlah plak
    dahla daku puasa arini

  2. Happy Sekretari Day Maya!
    Tahun ni macam takde je kan lunch secretary yg hotels buat? Ada pun beberapa je. Frust betul nak lunch sambil nyanyi. Hehe..
    Dulu masa muda2 baru masuk bank penah gak pegi secretaries lunch Ning Baizura. dia ni suka gelak pastu ok je orang tarik2 dia nak bergambo.

    • tu la tu, macam makin lama makin kureng dah kan orang celebrate secretaries lunch ni. huhu.

      eh happy secretary’s day to u too farah ๐Ÿ™‚

  3. bestnya…along tahun ni dpt hampeh..x best pun…tp jadi la..janji ada org belanja kan..harap tahun depan with new arrangement with new boss insyaallah…

Comments are closed.