Bermuka-muka!!!!

amboiii asal tajuk panas je lajuuuuu je korang klik kan.
taknak mengaku lettew.
bermuka-muka dalam kes aku ini bukan talam 2 muka, talam 3 muka atau kuih talam.
no no no.
bermuka muka ialah merujuk kepada mukha cafe.
yer ejaan bermuka muka adalah disengajakan demi memberi effect panassss….

kekdahnya beberapa minggu yang lepas kami adik beradik tiri sudah decide mau melepak di pagi hari dan spend masa together-gether.
aku suggest kat dorang jom pegi breakfast kat mukha cafe.

so malam sebelum hari kejadian, aku pun tweet wann.
sebab wann ni hari tu la ajak aku gi breakfast kat mukha.
dia ada share dalam ini kedai.
tweet punya tweet takde reply. #sentaphatimaknak
tapi takpela, redah je lah.
kalau kebetulan dia ada kat sana, rezeki.
kalau takde, what to do.

pepagi alam aku pungut yiet kat bangsar.
pastu pungut kaktin kat damai senja.
selepas selesai aktiviti pungut memungut, kami pun terus zass ke ttdi berpandukan tom tom bak kaktin.
agak berpusing abang halim, tapi berkat kesabaran dan kecekalan, akhirnya kami berjumpa jua mukha cafe itu.

rezeki nak jumpa wann.
masa turun dari kereta, aku tengah on the phone dengan balbir.
wann terus tegur aku.
sib baik dia masih ingat lagi rupa paras ai ini.
katanya ai maintain manis. awwwwwwwww…

ok kita teruskan dengan makanan-makanan yang kami lahap di hari itu.
dimulakan dengan bismillah.
kaktin minum air loooooong black coffee.
kopi melayu katanya. harga RM5.50

yiet minum ice chocolate.
haippp biasa tu pagi-pagi minum ais.
tapi takpe yiet, kitorang sokayyy.
kitorang taknak kongkong hidup kau.
harga RM8.50

aku minum ni ha caramel latte.
tu pun setelah puas explain kat wann.
nak air kopi, tapi taknak pahit, taknak pekat.
taknak begitu begini.nasib baik tak kena maki.
akhirnya wann suggest ini caramel latte yang memang setap.
harga RM7.00

kita beralih kepada pemilihan makanan.
kaktin makan oatmeal pancake. harga RM11.00

aku makan rise & shine yang terdiri daripada sausage, toast, shrooms dan eggs (boleh pilih nak omelette, half boiled, sunny side atau scrambled)
harga RM14.00

payiet lak makan egg benedict.
harga RM7.00


: : pose dulu sebelum memamam : :


: : interior design di dalam mukha cafe : :


: : menu : :


: : kek : :

ada 2 seksyen untuk lepak. belah dalam dan belah luar.
kalau kau nak lepak luar, kau masuk dalam dulu order yer.
menu semua terpampang di board. tiada buku menu.
amboiii adik barista main jeling-jeling plak.
akak gigit gigit cuping telingamu kang…

semua makanan breakfast adalah puas hati.
memang begini (Y) .
so korang yang duduk area TTDI atau yang teringin nak lepak breakfast kat tempat yang cozy boleh lah memilih mukha cafe.
untuk keterangan lanjut boleh klik MUKHA CAFE.

wann ni sebenarnya kawan sekolah aku.
kawan sekolah menengah iaitu di sekolah menengah bandar baru sentul, KL.
aku sekolah kat sini masa form 1 sampai form 3.
tak penah pun satu kelas dengan wann ni, tapi kenal la.
sebab ermmm… sebab aku kan hot masa sekolah dulu.
sebut je normaya, mesti orang kenal. wakakakakkaa.. matiklaa..

tapi betul laaa.. tak tipuuu…
tak caya tanya ina, jue, liza, elfi, rofa.
don’t blame me coz i’m beautiful. *petirrrr

pastu kan, wann ni  masa sekolah dia pendek je.
sehingga dipanggil wan ketot dikalangan rakan sebaya.
tapi aku tak pernah lagi panggil dia gitu. aku kan baik.
kira sekarang dia sudah meninggi la.
meninggi ketinggian yer, bukan meninggi diri.

hari tu dapat borak kejap je sebab dia membz.
takpe next time ada rezeki boleh arrange reunion dengan kengkawan kat sini.
kita booking satu mukha ni 😀
oh lupa plak nak promote, wann ni masih single mingle yer.
so kalau sesiapa nak mengorat, boleh roger aku hikhikhik

setelah hampir 18 tahun tidak bersua, akhirnya bersua semula di mukha cafe.

dari mukha, kami 3 beradik tiri gerak ke the curve.
aku nak tukar bateri jam tangan.
dah 3 tahun kot jangkahayat jam tangan aku ni.
dihadiahkan oleh kekasih laling aku sempena birthday aku yang ke 30 tawon itu hari.

pastu kami ronda-ronda.
nak main boling tapi ditutup plak sebab ada tournament company.
lalu ke red box untuk mengasah bakat suara masing-masing.


: : di eskalator : :

bayaran masuk jangan tanya.
sebab payiet yang bayar.
breakfast kat mukha plak kaktin yang bayar.
alhamdulillah.
murah rezeki kawan-kawan aku ini.
thank you korang.
sayang korang ketat-ketat.

pakej nyanyi dengan bihun.
tapi tak makan pun, aternya kenyang lagi.
so tapau bawak pergi office sebab lepas tu aku kerja overtime.

aku nyanyi lagu ya maulai, lagu destiny, lagu dangdut, pastu duet lagu macam-macam. aternya 2 jam kau.
menyanyi lah sampai lebam.
sedap tak sedap suara tolak tepi, yang penting enjoyyyy…


: : nyanyi lagu sheeda angkat kaki tapi aku silang kaki dan bermuka sedih. kesian : :

nanti nak ajak encik z gi karaoke lah jugak.
mamat tu gila menyanyi jugak tu.

28 thoughts on “Bermuka-muka!!!!

  1. tajuk entri sangat sensasi, breakfast best, nyanyi pun best, makasih pada ko yang sudi memandukan kami di hari kejadian. (Y)

    • dah semua pakat pakat tertipu hehehe.
      baru tajuk kan.
      takpa, tunggu aku up entry panas nanti he he he..

  2. comel nyanyi sambil bersila. hehe..saya pernah nyanyi..punye syok..diri atas kerusi..skali staff dia ternampak kot cermin celah pintu..dia buat sign dr luar suh duduk..maluu…haha

  3. yer cik maya!!! aku pasti ko hot dulu masa sekolah la kan…. skang neh…. suam kuku la kot sebab da kawin kan kan kan… kang kalo ko hot lg, mau meroyan encik z… saper nak jawab? aku x mau!!!!

    cam x caya wan neh ada cafe sendrik… masa skola dulu x der ciri2 langsung….. hahah.. sekiranya wan baca, maka ampunkan la aku yg mulut cam hawau neh…..

    • sib baik kau kata aku hot dulu.
      kalau tak, harus putus sahabat he he he…

      dulu masa sekolah dak wan ni kan menakal.
      tup tup berjaya.
      mesti cikgu sekolah kita bangga kan..

  4. Buat saspen je tajuk u olsss
    hehe
    kelas la tmpt breakfast tu
    ala2 kt over the sea gitu (Y)

    • haah. tak dpt pi oversea dapat feel feel pun sokayyy.
      tapi akak suggest pegi pagi lah.
      baru rasa sejuk nyaman f & n sarsi gitu

  5. ok la jugak nyanyi lagu angkat kaki tapi duduk bersila dari buat entry sayu tetiba letak gambar camwhore perasan cantik kat bawah.

  6. saja tau boh tajuk propa…haha

    eh, macam pernah tengok tudung tu.. lawa la… matching ngan hangpa

  7. Leh la pegi mukha cafe tu. utk makan yg light2.
    Masa family day pesal tak nyanyi? bukan ada org lain, kita2 je pun hehehe

    • haah makan lite2 best. lepak2.
      segan la nak nyanyi hari tu. takpe mungkin thn depan 😀

Comments are closed.