7 Cara Bersahabat Kerana Allah

 1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

‘Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya’

(HR Abu Daud)

2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

‘Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya’

(HR Muslim)

3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

‘Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun   dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria’

(HR Muslim)

4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

‘Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah’

(HR Abu Daud)

5.Amalan ziarah-menziarahi

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

‘Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambas kasih sayang antara kamu’

6.Memberi Hadiah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

‘Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang’

(HR Thabrani)

7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

‘Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan’

(HR Hakim)

aku bersyukur sangat-sangat sebab aku ada circle of friends yang sangat sayang pada aku.
dan of coz aku pun sayang mereka jugak.
dalam persahabatan tak sepatutnya ada rasa iri hati, dengki, cemburu.
sebagai kawan kita patut rasa gembira untuk kawan kita.
dan turut merasa sedih kalau mereka sedang berduka.

jangan memulakan persahabatan jikalau dari awal dah pasang niat yang salah.
bersahabatlah dengan ikhlas.
insyaAllah kita akan merasa nikmatnya.

beberapa orang kawan telah mengeluarkan aku dari hidup mereka.
atau pun mungkin aku sendiri yang membawa diri?
aku tak kesal. kerana yang pergi cuma beberapa orang.
tapi Allah SWT telah menggantikan dengan yang jauh lebih baik dari mereka.
yang muncul tanpa aku duga.

hidup ini adil sebenarnya.
kita sendiri yang menidakkan keadilannya.

untuk semua kawan-kawan, terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari hidup saya.
mewarnakan hidup saya dengan kerenah korang semua.
saya sayang korang banyak-banyak!

16 thoughts on “7 Cara Bersahabat Kerana Allah

  1. saya suka mengumpat. saya penah mengumpat awak. sebab tu awak gaduh dengan R. eh? on said:

    kak aku tetiba sedih lak baca. tah hapa hapa nak sedih.

    sedih gak sebab aku ikhlas kawan dengan orang, tapi orang tu bagi tahik kat aku. tapi bagus gak, sekurangnya aku tau dari awal.

    kawan aku pun tak ramai, tapi yang tak ramai tu lah yang terbaik. kak dengan kak tin pun adalah antaranya.

    timakasih kak sudi berkawan dengan aku. moga sampai syurga. amin. (kalau sembahyang la, tak sembahyang tak masuk syurga. kehkeh)

  2. hrp2 kawan2 sy pon tergolong dari mereka yg menghulurkan persahabatan dengan taqwa..

    salam persahabatan sis

Comments are closed.