War Remnants Museum

terus ke war remnants museum.
yang cam terbangang bangang si driver tu mencari.
kau patut kena buang negara je lah dah tempat famous camtu pun kau taktau kat mana. sadis.
waktu operasi seperti dibawah.
antara 12 tengah hari dengan 1.30 petang muzium ni ditutup tau.
barangkali semua pergi lunch together-gether kot.
so make sure korang tak sampai kat muzium waktu  ni.
kalau tak nganga ja lah tunggu yer.
dikenakan bayaran masuk tapi aku lupa. tapi murah je la..
Sedikit informasi berkenaan War Remnants Museum. Adalah sebuah muzium perang yang terletak di District 3, Ho Chi Minh City, Vietnam. Mengandungi pameran yang berkaitan dengan Perang Vietnam – Amerika.
Dikendalikan oleh kerajaan Vietnam, muzium ini telah dibuka pada September 1975 sebagai “The House untuk Memaparkan Jenayah Perang Imperialisme Amerika dan Kerajaan Boneka [Vietnam Selatan].” Kemudian ianya dikenali sebagai Muzium Jenayah Perang Amerika.
Muzium ini terdiri daripada lapan bilik bertema dalam beberapa bangunan, dengan peralatan tentera. Peralatan ketenteraan termasuk UH-1 Huey “helikopter, pesawat pejuang F-5A, BLU 1-82” Daisy Cutter “bom, M48 Patton tangki, dan pengebom A-1 serangan.
Juga terdapat gambar grafik, kesan akibat dari semburan kimia, penggunaan bom napalm dan fosforus dan kekejaman pembunuhan beramai-ramai di My Lai. Terdapat juga tiga balang janin manusia yang dipelihara cacat disebabkan oleh pendedahan kepada dioksin.
Muzium ini juga secara eksklusif memaparkan pameran yang sangat kritikal di Selatan Vietnam dan Amerika semasa Perang Vietnam. Pembunuhan Hue, Pembunuhan Dak Anak dan pembunuhan beramai-ramai Chau Doc, lombong tanah banyak bertaburan di seluruh luar bandar selatan Vietnamyang mencederakan penduduk luar bandar (terutamanya kanak-kanak) hari ini, dan rawatan kejam tahanan tawanan perang dan politik dalam kem buruh (kem reeducation) dikendalikan oleh Cong Viet semasa dan selepas perang.
Terdapat juga beberapa kelengkapan tidak meletup yang disimpan di satu sudut.
ayat-ayat kat atas aku ejas dari wikipedia. agak-agak tak paham tu korang buat-buat paham sudah aaaa.. ehhee..
secara ayat simple nya, ini muzium perang lah.perang antara vietnam dengan amerika.
dipamerkan semua yang berkenaan. sapa yang suka sejarah memang molek lah ke sini.
ada 3 tingkat tak silap. kitorang masuk semua 3 tingkat tapi sekejap sekejap je.
sebab dalam ni panas la. manusia ramai nau.
so baca sesikit. snap gambar sesikit pastu terus cabut.
oh  yang bestnya kan. sebelum pergi ni aku ada nonton filem the rescue dawn.
Kisah benar tentang seorang pilot navy yang survived plane crash, pastu kena tangkap dengan askar vietnam yang dipanggil vietkong.
kena seksa gila babi punya lah, tapi akhirnya berjaya melepaskan diri.
memang relate betul lah dengan lawatan aku ke war remnants museum ni.
kejam kot vietkong ni. huhuhu…
kat bahagian luar muzium ada dipamerkan kapalterbang helikopter.
tapi amerika punya la kot ek. vietnam ada kapalterbang meh?
nur ain shah yang asyik la dok lari ke sana ke mari.
merisau je aku bila tengok mamat-mamat vietnam ni dok pegang pegang.
aterrr kot dibawak lari, sapa nak jawab????

6 thoughts on “War Remnants Museum

  1. dah sampai sini..pas tu kan…pusing2 kat luar tu jer..malas nak naik floor by floor..masa along pi musim panas…
    kebetulan dah batuk dan demam…

    • saya naik floor by floor tu pun buat syarat je along.
      dah kata alang-alang sampai kan.
      tapi dalam building ni memang panas la.
      agaknya sebab orang ramai kot

    • dah la comel asyik la galak jalan sana sini, lagi la orang menggeram kan.
      tapi tu la memang agak seriau la akak tengok nur ain dipegang2. huhu..

Comments are closed.