TQ Intan!

hari terakhir di ho chi minh 🙁

: : pegi aku bawak beg puma kiri tu je. balik jadi 3 beg. apakah : :

: : kesian nur’ain demam : :

: : bilik yang menumpangkan kami selama 4 malam : :

: : meja makan tempat kami bermakan makan : :

: : kasih seorang abang. ecewah : :
tetiba aku teringat insiden ernie marah menjerit kat danish.
sebab danish lompat lompat atas katil.
terkujat kejap aku. sib baik intan relax jer.
pastu si danish nangis.
lalu ernie telah dipanggil auntie jahat.
aku diberi gelaran auntie baik.
sebab aku rajin melayan dia borak, tengok kartun, main game.
see.. aku sebenarnya baik apa dengan bebudak.
cuma budak yang nakal hyperaktif je aku tok seyy..
sila jauhkan mereka dari aku.
kang tak pasal lak ibu dorang bunuh aku.
bab bab anak ni tak boleh petik, boleh berbunuhan kata kau.
hari terakhir tu actually plannya kitorang nak jalan-jalan kat taman belakang rumah intan.
nak bawak budak-budak mandi swimming pool juga.
tapi kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.
hujan turun dari malam tadi nya santak ke pagi tu.
memang sangat-sangat takde rezeki 🙁
tapi alhamdulillah jugak la hujan last day tu.
cer kata kalau hujan masa kitorang pegi mekong, chu chi atau pun masa ronda-ronda kat town tu.
lagi sedih kot kan.
so alhamdulillah.
setiap yang berlaku ada hikmahnya 🙂

: : ini bahagian belakang rumah intan. yer luas. kalau kat KL mau juta juta rumah cenggini : :
sib baik masa awal sampai tu aku ada snap dah gambar sekitar rumah intan.
kalau tak langsung takde kenangan.

: : ini alamat rumah intan. kalau berani cari la kat ho chi minh sana : :

: : 3 tingkat. tapi aku boleh lupa nak naik sampai tingkat 3. pfttt : :

: : security depan rumah je. so takde merisau perampok ke hapa : :

: : oleh sebab hujan, cab terpaksa la masuk dalam. yang berdiri tu husband intan, azam. hensem tau husband dia. eh? tumpang lalu, intan : :

: : hujan mengiringi kepulangan kami : :
kepada intan, azam, danish, danisha…
terima kasih sebab menerima kedatangan aku dan ernie.
dan ernie jugak terima kasih sebab ajak aku gi ho chi minh ni walaupun dalam keadaan terkejut.
kalau tak, taktau la bila lagi aku nak sampai sana kan.
tq intan & azam sebab masak makanan macam-macam.
sedap-sedap. terharu sangat-sangat, tak sempat berlapar dah makan lagi dan lagi.
insyaAllah panjang umur ada rezeki aku nak gi sana lagi.
bawak laki aku dengan anak aku lak.
intan, kerja rajin-rajin.
ingat pesanan haku. bertabah dan bertahan ok.
timba pengalaman sebanyak mungkin.
kumpul duit pun sebanyak mungkin he he he.
semoga pengalaman kau berkelana di tempat orang ni akan bawak kenangan terindah dalam hidup korang sekeluarga.
insyaAllah.
amin.
bye-bye. ta ta.

8 thoughts on “TQ Intan!

  1. hahaha..sedih lak aku baca.. hope ko tak serik dtg sini… len kali leh dtg lagi.. 🙂

    dek kerana hujan melebat haritu.. ko tau ade angin ape ntah.. mcm ribut taufan lah… angin kencang ribuat taufan.. menakutkan… flight MAS pun delay.. waktu 4.40 kot… sekali aku call erni da smpi umah.. seb bek takde pape…

    • insyaAllah memang nak pegi lagi.
      nak bawak laki dengan anak aku.
      semoga ada rezeki lebih nanti.

      hah tu la kan. sib baik takde apa-apa.
      kalau tak terpaksa jadi 6 hari 5 malam kat rumah kau ehe.

Comments are closed.