The Old Post Office, The 100 Years Red Cathedral & Saigon Square

dari war remnants museum tu, aku mintak bawak ke The Old Post Office.
sedikit info berkenaan the Old Post Office Saigon.
Pejabat Pos Saigon (Vietnam: B?u ?i?n Thanh Pho Ho Chi Minh) adalah pejabat pos di pusat bandar Ho Chi Minh City, berhampiran Basilica Saigon Notre-Dame, gereja utama bandar.
Bangunan ini dibina semasa Vietnam sebahagian dari Indochina Perancis pada awal abad ke-20.
Ia mempunyai gaya seni bina Gothic.
Ia telah direkabentuk dan dibina oleh arkitek terkenal Gustave Eiffel dalam suasana harmoni.
Hari ini, bangunan ini menjadi tarikan para pelancong.
aku memula dok bayangkan cam building lama gitu je la.
tapi rupa-rupanya betul ada servis post office kat dalam ni.
kesian. taktau. heh.

: : beli fridge magnet & poskad : :

: : tempat menulis. belakang tu kaunter servis : :
tetiba terdetik nak hantar poskad!
sepanjang aku mengembara ke sana sini, first time aku buat ni.
beli poskad, beli setem. pastu pos kan.
pos pada diri sendiri, pada encik z & yaya.
setakat entry ni ditulis, belum terima lagi.
setem untuk ke negara asia 10,500VND lebih kurang RM1.55.
ok setel urusan kat dalam the old post office.
keluar bergambar plak kat The 100 Years Red Cathedral atau Notre Dame Cathedral.
tak silap aku ni antara gereja tertua kat ho chi minh ni.
terkenal juga sebab ukiran unik bangunan nya.
sorry la kualiti gambar kurang memuaskan.
kamera murah kata kau. aku malas nak bawak dslr encik z.
pastu si yusop sontorian suruh kitorang gi saigon square. macam paksa paksa je.
aku malas nak layan. majal sangat haih.
saigon square pun saigon square lah.
aku beli beg kipling comel untuk yaya, dengan dress untuk cici.
tak lama sangat dalam ni. sejam camtu kot.

: : anak sapa la ni : :
terus gi amik intan kat office dia.
balik rumah dan rujuk balik entry awal hari tu. yang bayar bayar duit semua kat yusop tu.
azam dah masak memacam. so melahap la kami berdinner.
borak gitu giniΒ  melepas perasaan, pastu kebabom tidur.
esok nak kena bangun awal lagik. nak ke chu chi tunnel. yeay..

10 thoughts on “The Old Post Office, The 100 Years Red Cathedral & Saigon Square

  1. seronok la budak kecik ni..untung dia kecik2 lg dah jalan oversea. kita dulu tak merasa la kan..

    • tu la tu. dah pergi hong kong. dah pergi ho chi minh.
      pasni ikut ibu nya gi posting lak. untung badan.

Comments are closed.