Rambut Panjang ke, pendek ke, kita kan orang Malaysia

: : panjangnya kaki saya. macam model. puiiii : :

gambar-gambar ni semua disnap bebetul lepas majlis kenduri kahwin kat taiping.
sanggul aku sebelum tu memang tak disanggul kuat pun.
aku bukak je sanggul pastu sikat dah elok mayang mengurai rambut ku.
cantik kan rambut saya. rambut awak tak cantik. kerinting kering.
tapi jangan la cemburukan rambut saya. ini semua kan kurniaan dariNya.
kelebihan saya di situ. kekurangan saya di sini.
Allah tu Adil. yang penting awak kena redha dan terima lah qada dan qadar.
ote?
aku dah tak ingat dah berapa RM aku bayar untuk pakej amik gambar ni semua.
tapi RM1000 ke atas la. mana ada benda murah dah hoii sekarang ni.
jeans kitorang tu dedua pun baru beli. levi’s.
kemeja encik z pun levi’s. tapi dia dah tak muat pakai dah.
perut dah boroi.
ada sesiapa nak beli tak? aku jual murah-murah.
memang encik z pakai betul sekali tu jer.
kalau ada berkenan sila roger roger ai yer.
lokasi penggambaran adalah di taman tasik taiping.
cantik kan? dah orang nya lawa. gambar pun mesti jadi lawa kan?
*sila lempang aku laju laju kalau setuju. kalau tak setuju sila lempang diri sendiri
panjang sungguh rambut aku kan.
rindu plak rasa nak berambut panjang balik. walaupunnnn.
heh.

12 thoughts on “Rambut Panjang ke, pendek ke, kita kan orang Malaysia

  1. Ada lesung pipit gitew 😀

    Cantik2 gambo ye, ehh, kami pon penah smpi kat task ni, last year, Adik ipo org taiping, mmg cantik, pokok2 tu unik 🙂

    • yer yer saya ada lesung pipit hehe..

      aha gambar cantik. pemandangan pun cantik.
      memang sesuai buat outdoor kat taman tasik taiping nih 🙂

    • wajib in character ater dah bayar memahal.
      kang gambar tak jadi siapa yang rugi?
      laki mak yang berlemoih ni jugak yang rugi…

  2. Assalam..

    kak maya, saya silent reader akak..saya mmg suke bace blog akak..lebih2 lagi bila akak dah pakai tudung..Saya cuma nak tegur sikit la..tp akak jgn kecik ati plak..pada saya tak perlu lah akak tunjuk pics akak yg x bertudung lagi..sbb bila readers lelaki tengok pics tu kan dah tambah dosa akak..huhu..Ok, just my 2 cents..
    Teruskan berblogging ye coz saya suke bace blog akak =)

    • cerita panas yang patutnya dah sejuk tapi dipanaskan balik heh.

      rambut hanyalah pinjaman. ecewah 😀

  3. sama pesen dgn adik kak yg kawen hr tu..
    buat outdoor..tp pakai baju biasa, cool gak..
    biasa org pakai baju kawen..kan?

    • aha akak memang plan nak pakai baju biasa ni.
      photographer akak tu kata kalau ada motor besar lagi cun.
      mana lak nak cekau motor kannn…

Comments are closed.