Massage & Dinner

salah satu plan yang telah dirancang awal ialah mau pergi massage.
tapi tu la tak jumpa spa yang menawan hati sangat.
jumpa spa 143 ni. zasss je lah.
intan, ernie & aku memasing pilih pakej lelain.
ernie la kot paling menyeluruh dari top to toe gitu.
aku buat foot scrapping, pedicure, hot stone foot massage & thai massage.
foot scrapping tu sedap gila kot.
dia buang kerak kerak kat tumit tu.
halusss licin je pas siap.

: : intan buat eyebrow threading tu. sila fokus pada mamat mat salleh kat sebelah intan. hensem plis : :
dah siap urusan di kaki, naik tingkat atas buat thai massage.
tapi cam tak berapa umphh la aku rasa.
thai massage terbaik aku pernah buat kat bangkok dulu.
patutnya thai massage ni takyah pakai minyak bagai.
just urut patah-patahkan tulang riuk.
settle thai massage turun bawah balik buat hot stone foot massage lak.
urut tapak kaki guna batu panas.
panas oh. tapi sedap.
total semua ialah 17USD. kau convert lah sendiri.

: : bebudak saloon ni belajar bahasa inggeris. ada buku khas. bagus kan : :

: : muka-muka setelah dispa : :

: : minah-minah saloon : :

: : pastu diorang ajak bergambar sama. layannn : :
masa ni kan salah sorang dari diorang tanya kenapa kitorang pakai tudung?
then intan jawab la kata tu adalah kewajipan. kalau tak pakai dosa.
tapi muka dorang cam tak puas hati.
pastu intan jawab la if we not wear this, we will go to hell.
hahahah ambik kau jawapan terus ke hell peginya.
sib baik tetiga ketul pakai tudung.
kalau tetiba aku tak pakai harus aku sentap terus meninggal dunia di situ.
intan kata gitu je senang nak jawab nak matikan soalan mereka.
pastu tak puas hati lagi.
dia kata tapi ni dekat vietnam. bukan kat malaysia.
bukannya orang tau kalau kitorang tak pakai tudung.
then intan jawab kata but God see.
God can see everywhere.
baru la diorang cam oooooooo..
ekekekek. tapi memang lawak dak intan nih.
dari situ kitorang tahan cab pegi ke ben thanh nak amik kain kain borongan si ernie.
pastu menapak bagai nak mati cari restoran VND delights.
aternya dah sampai ho chi minh nak jugak la try makan kat restoran.
tapi punya la menapak dari hujung ke hujung tak jumpa.
tanya orang pun semua cam kehampasan je bagi direction.
last-last jumpa restoran VN halal ni.
zasss je la. sebab ernie sikit lagi nak bertukar jadi hulk hogan.
dah la dia kena seret kain kain dia yang memberat tu.
so VN halal pun VN halal lahhh..
intan makan mee hailam kot. ernie makan mee hokkien kot.
aku makan beef noodle soup.
hidangan famous di vietnam ni.
tapi aku rasa macam dah penah makan je.
makan masa aku pergi hanoi dulu kot?
ntah. tak dapat nak recall.
tapi yang pasti pernah dimakan.
total VND489,500.
makan kat sini agak memahal.
so pepandai la yer.
ok dah selesai makan semua nak gerak pulang.
dapat call dari azam kata nur’ain muntah-muntah.
tak berapa sihat si kenit tu.
agaknya sebab dengar anak dia tak sihat, terus ernie menggelupur nak pulang.
lalu jatuh terjelopok depan restoran.
ish ish ish sabau je laaa…
maka berakhirlah hari ke 4 saya di ho chi minh.
bersambunggggg….

6 thoughts on “Massage & Dinner

  1. hahah.. if i dont wear i go to hell.. ahahahahaha.. dahtu byk sgt cengkadak nya…

Comments are closed.