Jalan Jalan ke Zoo Negara

salah satu aktiviti cuti sekolah bulan mac hari tu ialah bersiar siar ke zoo negara.
sebab kan aku cakap aku takde buat plan proper pun cuti sekolah ni mandangkan seminggu jer.
tu yang cam gi zoo negara pun sodap.
ahad pepagi kejut bebudak bangun.
zass ke zoo negara yang letaknya sekangkang monyet dari jasmine.
walaupun masih awal pagi tapi manusia dah meramai.
cuaca panas ya amat.
lepas bayar tiket masuk semua, terus ke amphitheatre sebab dah on time untuk show burung, anjing laut dan flamingo segala.
so ke sana.
pastu masuk dalam akuarium tengok ikan.
dalam ni baru la sejuk sikit.

: : akuarium tunku abdul rahman namanya : :

: : pastu masuk muzium lebah. kemain anak haku pose : :

: : lama sangat jalan kaki yaya sudah melecet : :

: : kura kura, singa, zirafah dan badak sumbu : :
jenuh gak menawaf dalam zoo negara ni eh.
berpeluh peluh.
yaya & caca dah amukan dah dedua sebab penat.
aku suruh slow slow jalan.
suh stop bergambar pun memasing muka dah kelat semacam.
pastu tetiba lak cam rintik rintik hujan singgah ke bumi.

: : berlemoih : :

: : kami 3 beranak pakai tshirt dari cambodia 😀 : :
ok dah moh balik.
tapi tak terus pulang ke rumah.
singgah KFC kat wangsa maju tu makan.
sampai rumah memasing terdampar zzzzzzzzzzzzzzzz.

10 thoughts on “Jalan Jalan ke Zoo Negara

    • kalau naik tram tu macam tak puas lak kan..
      tak nampak la segala binatang.
      tapi tu la bila jalan sakit kaki lah pula..

    • alamak bayaran masuk dah lupa.
      tapi boleh tahan mahal gak la.
      aha.. betul la tu binatang agak lesu di dalam.
      5 tahun lagi la kot akak gi zoo negara balik.
      tu pun kalau ada anak kecik lagi.
      kalau takde rasanya macam tak pegi dah la kot

Comments are closed.