Dilarang Mengisap

masa cuti sekolah hari tu kan yaya ada kat KL.
caca pun sama duduk rumah aku seminggu.
saja la buat teman yaya.
pastu seronok ada budak tembam ni sebab mulut dok la pot pet.
terhibur la tengok kerenah dia.
masa last day mama & yaya nak gerak balik taiping tu, ramai la kat rumah aku.
kira semua ada lah kecuali cici.
nak hantar mama balik taiping.
caca pun ikut sama.
eh melalut plak.
ok sebenarnya nak cerita ni.
abang long & encik z hisap rokok kat luar.
pastu caca cam bebel bebel la.
apa la babah dengan ayah ni. asyik isap rokok jer.
nanti sakit baru tau.
pastu dia bisik dengan yaya apa tah.
mintak kertas kat aku.
aku bagi la.
yaya pun tulis.
memula dia tulis ‘Dilarang Mengisap Rokok Di Dalam Rumah’
si caca yang arahkan yaya tulis camtu.
pastu aku kata kat caca.
Ca tak bagi babah & ayah hisap rokok dalam rumah je. Nanti dorang hisap la kat luar rumah.
terus ditariknya kakak tulis lagi.
‘Wups, dan di luar rumah juga’
yang bulat tu ialah gambar rokok, pastu kensel.
cam sign no smoking gitu la.
‘mommy jangan bukak tau kertas ni’.
pastu dia tampal kat dinding.
cute gila kan?

22 thoughts on “Dilarang Mengisap

    • belum sekolah lagi.
      esok kalau dah sekolah tau tulis sendiri, tah apa la yg dia tulis gamaknya.

Comments are closed.