Chu Chi Tunnel

boleh tahan banyak gambar dalam entry ni.
korang hadap jer ler yer.
ok akhirnya taraaa.. sampailah kami ke chu chi tunnel.
sedikit info berkenaan chu chi tunnel.
Terowong Cu Chi adalah sebuah sistem terowong di Kabupaten Cuchi, Saigon, Vietnam. Sistem ini terletak 40 km utara dari pusat bandar. Ia telah dibangunkan ketika era Perang Vietnam, oleh pasukan Komunis Vietnam. Ketika peperangan berlangsung, ramai askar serta pemimpin komunis telah menetap dalam sistem terowong ini sebagai salah satu kaedah berlindung dan menyelamatkan diri dari serangan musuh. Tentera Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan tidak dapat menghancurkan sistem ini. Hari ini, sistem terowong ini dijadikan aset pelancongan yang popular di Vietnam.

: : kaunter tiket. aku dah bayar sesiap kat travel agency tu so takyah nak bayar lagi dah kat sini : :

: : kena lalu kat terowong ini. pastu dilekatkan sticker kat baju : :

: : memula nonton video dan diberi penerangan tentang chu chi tunnel ini : :

: : miss ten yang tak jemu explain begitu begini : :

: : nampak tak kotak kecik tu? : :

: : and guess what, mak lepas hokeyy.. ini menunjukkan saya tidaklah segemuk mana : :
ikut kan cam segan nak try sebab keliling orang dok nengok.
tapi aku fikir cam bila lagi kan nak try.
so tolak perasaan malu ketepi.
mintak tolong ernie snap kan gambar walaupun dia tengah membizi dengan nur ain.
kaki aku tak berapa sampai sebenarnya sebab tapak tanah tu agak ke bawah.
so waktu nak naik kena la lonjakkan badan sikit.
walau begitu saya bangga dan berpuas hati sebab berjaya meloloskan diri ke lubang persembunyian ini!
syabas normaya *peluk diri sendiri
boleh tahan luas dalam kawasan ni.
menapak la pepelan meredah hutang kiri kanan.
sesambil stop bila miss ten nak explain kan pasal sesuatu benda.

: : antara perangkap yang ada : :

: : hensem mat salleh belakang tu #tetiba : :

: : ni korang tau apa? lubang asap ok. bila diorang masak, asap akan dilepaskan secara berperingkat melalui lubang ni. sikit demi sikit. so pihak musuh tak tau : :

: : lagi perangkap. salah satunya selipar. diorang buat selipar tu terbalik. macam kau ingat askar tu jalan ke depan kan, sebenarnya jalan ke belakang. untuk mengelirukan musuh: :
dan tibalah masa yang dinanti-nanti.
nak masuk lalu dalam terowong.
aku sebenarnya cam ketakutan. tapi cam ah try je la dulu.

: : muka cuak : :
tapi pastu aku patah balik. mak takotttt..
kena merangkak jalan. dah la gelappp..
sensorang plak tu. dengan beg lagi.
kalau kot kata ada geng, boleh la kot redah.
pastu plak ada 4,5 orang mat salleh dengan orang filipina depan aku tu patah balik.
diorang takut.
makanya aku pun patah balik gak la..
kena merangkak macam gambar dibawah. sanggup??

: : kredit travelpod.com : :
lain tahun la kalau aku datang dengan encik z atau kengkawan ramai-ramai, aku try la masuk.
kui kui kui.
perjalanan diteruskan. ke shooting range plak.
sesiapa nak try menembak guna senapang gajah, boleh beli peluru kat sini.
dan kau tembak la beng beng beng sampai lebam.
rungsing ok dok kat sini. asyik la bunyi menembak.
lalu makan jagung bakar dulu.
tapi tak sempat nak makan habis, si miss ten suruh gerak dah.

: : air dari buluh : :
kami dijamu dengan air teh cina.
dan ubi keledek cicah kacang dan gula.

: : ahlil rombongan : :

: : hutan rimba : :

: : tumpang bergambar pakcik ho : :
perjalanan pulang diteruskan semula ke ho chi minh.
another 2 hours. apa laga, lelapkan mata la kejap.
korang kalau sampai ke ho chi minh, jangan lupa ke chu chi tunnel ni k.
wajib ni wajib.

12 thoughts on “Chu Chi Tunnel

  1. kagum aku dgn ernie bleh bwk anak jalan2 gitu
    huhu kalo aku la, da stress da handle anak sensorg
    tak sanggop

    kretif kan askar2 ni..mcm2 cara dorg reka utk kelirukan musuh

    • kau ingat kau sorang kagum.
      aku pun kagum okk.
      nak nak bila kena berdukung sepanjang jalan.
      mau timbul dah muscle si ernie.
      tapi dah kata demi anak, mana-mana ibu pun akan redahhh…

      tu la, orang dulu2 dah hebat berfikir kan.
      kagum kagum..

    • takpe, next time ada rezeki along pegi dgn cik abang, mesti boleh masuk punyerrr.. ada sokongan gitu..

  2. ubi kayu lah normaya… bukan ubi keledek…..
    eh syana… terima kasih….. harus berdikari… 🙂 dan sy kagum dgn diri sendiri.. juga normaya sbb bersabar dgn kerenah nur’ain… 🙂

    • hahah ubi kayu ek?
      sori saya buta ubi :p

      sabar ek aku? ekeke.
      kadang2 tak sabar gak. tapi kusabarkan. haha cena tu?

Comments are closed.