William vs Bunohan

last week aku, encik z dan payiet sudah plan mau nonton filem bunohan.
tapi sebelum nonton mau makan dulu di william.
begitulah plan kami.
dari office jam 5 petang tepat terus ke festival city mau beli tiket wayang dulu di mbo.
sebab tak boleh booking online.
encik z suka nau la nonton kt mbo sebab dia ada member card.
boleh dapat diskaun RM1.
kemudian kebetulan mbo dalam proses membuat penukaran kad lama kepada kad baru.
so korang yang ada member card mbo, sila cepat cepat tukar yer sebab kad lama boleh guna sampai jun tahun ni je.
pastu kalau tak tukar, duit dalam tu semua burn.
ingat ya.

: : sexcited dapat kad baru : :

: : tiket wayang mbo pun dah lain. ala-ala boarding pass gitu : :
dah beli tiket terus je menuju ke william.
tapi bukan william kat kelana jaya tu ya.
no no no.
buat pengetahuan korang pencinta makanan william, william cawangan danau kota sudah dibuka.
so takyah ler sesusah nak ke kelana jaya sana kalau nak makan.
lokasi william ni adalah berdekatan colombia hospital, danau kota.
kalau kau datang dari arah jalan genting klang, bagi signal kiri, masuk kat simpang colombia hospital.
pastu terus je, nanti nampak la bangunan kedai lot tepi, restoran william tersergam indah. gitu.

: : sekarang ada promosi 30% off. sampai bila aku sik tau : :

: : yang paling penting dah ada buku menu ok : :
so takdela korang cam taktau nak order apa.
kat william kelana jaya tu tulis kat papan hitam je kan.
kali ni ada menu berserta harga, senang korang nak bajet gitu.

: : ini menu tambahan. roti canai. naan. sandwich dan pizza : :

: : ini plak makanan yang ada diskaun 30% tu : :

: : teh ais, ribena lychee RM5.00, ribena blended special RM5.00 : :

: : pesto ayam with turkey ham RM20.00 : :

: : roti daging special RM7.00 : :

: : premium beef RM15.00 : :

: : lepas makan memasing ngadap gajet. pfttt : :
lepas makan, bergegas semula ke festival mall.
show time 8.40 malam.
baca dulu SINOPSIS filem bunohan ini.
BUNOHAN adalah sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. ‘Bunga Lalang‘ atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa.
Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut. Ilham (Faizal Hussein), seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan.
Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur.
Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.
ok sumpah filem bunohan ni adalah tidak sesuai dengan korang yang biasa dengan filem adnan sempit, hantu bonceng mahupun senario the movie.
bunohan ni filem serius yang berat.
even lepas habis nonton pun medula oblongata kau tak habis-habis berputar berfikir.
pastu kau kena agak-agak ceni ceni.. oo ceni ceni..
memang kau kena fokus dari awal sampai akhir.
kalau kau terpana (terpana perginya) walau seketika mesti kau dah tak paham apa ke he nya scene begini begitu.
walaupun pelakon semua adalah hebat meletup pom pom, tapi bunohan ini tak sesuai dengan jiwa aku.
i rest my case.
tapi mungkin sesuai dengan jiwa kau yang halus dan berjiwa seni.
jiwa aku barangkali belum cukup halus lagi.
:-S
dari awal sampai ke akhir ceghito ni semua pun kecek kelate belako.
so demo yang tak pehe kecek kelate, yang rabun tu sila jange lupa bawak spek.
kang sampai ke sudah dok pehe pehe.
nak baca dok napok, nak dengar dok pehe.
ewah.. kemain aku yer naip kelate.
macam ke betul nau nahu nya.
apa-apa pun, selamat menonton ya…

15 thoughts on “William vs Bunohan

  1. ooo baru tau dia bukak kt danau
    mula tu aku heran gak, gile ape dr KL festival ke william KJ, patah balik ke KLF..rupenye kt danau
    hahhaaa
    nyummeh bebeh

    • nanti boleh ler kita gi selalu. dah dekat dgn rumah kita.
      eh rumah mama kau. rumah kau jauhhhhhhh.. 😀

  2. wahhh..dah ada kt danau..leh gie terjah sana jer la..kalau ke kelana jaya tuh..jauh satu hal..hazab jem lagik… my fren pegi william kelana jaya…rupanya dh tukar tempat ..bukan kt gerai-gerai papan hitam tuh…dorang beroperasi dalam lot kedai cam william ini jugak…tapi area yg sama..dekat2 situ jugak…

  3. yg ni senang la skek mencarik dr kelana jaya tu kan
    nak tengok bunohan gak , ada tengku azura si model itewww

    • tengku azura sikit benau skrip nya di oiii..
      ujung2 jer baru bercakap.. dia jadi separa manusia, separa buaya.
      huhu..

      • tak best ar citer tu…. sirios teruk… bukan nk kondem filem melayu, tapi aku nampak filem tu macam nk kondem filem melayu yang len… aku tak tau part mana yang boleh buat aku terhibur… even part bunuh tu pon ko mmg susah faham sebab apa dia bunuh….

Comments are closed.