ini cerita bulan 12 hari tu. aku bawak yaya gi buat passport kat imigresen sri rampai. sebab nak gi hatyai tu lah. aku sampai dalam pukul 8 pagi camtu kot. dah panjang gila orang q ok. dan hanya untuk ambik nombor, kami 2 beranak q untuk satu jam setengah. crazy ah.
: : q yang panjang gila : :
lepas dapat nombor tu, ada masalah pula. pasal surat dari mahkamah hak penjagaan yaya tu. terpaksa la plak call FM suruh cakap dengan officer imigresen situ. tapi ok la smooth jer semua. takde nya aku nak bawak yaya lari pi hat yai tu. bermotip sangat kan..
dah submit form semua kena tunggu lagi. aku ajak yaya gi mamak breakfast. melapar kot. pastu tunggu dan tunggu lagi. buat payment, collect passport semua. masa tunggu turn nak collect passport tu, yaya nak terberak plak. terpaksa la gi mamak sana. masa ni nombor aku dah dipanggil. sib baik ada makcik makcik yang tunggu turn sama situ bagitau.
setel urusan semua dalam pukul 1.40 tengah hari. 6 jam ok! nangissss… sib baik la 5 tahun sekali buat passport. kalau 5 bulan sekali? pengsan.
: : gambar passport yaya : :
: : untuk tempoh 5 tahun RM150. bawah 12 tahun separuh harga. so menjimat : :
alang-alang cerita pasal passport, nak selit cerita pasal aku sikit. passport aku mati bulan 7 ni. tapi sebelum hujung bulan ni aku kena renew. sebabnya? sebab nak fly lagi hujung bulan ni. matikkk laaa… lama-lama aku makan daun la jawabnya. duit habis berjalan saja. haishh..
oleh sebab passport kena valid 6 bulan sebelum fly, makanya aku kena renew lah kan. duit lagi oiiii… tapi demi minat ku yang suka bertravelling ni, korek tabung lorrr..
16 thoughts on “Sinaran Passport Kegemilangan”
sonoknyeeeeee byk tempat dah pegi.. jeles jelessss
tapi akak tak penah pegi beijing.
nak jelesss dgn kamuu..
xpe kita kerja overtime (H)
(Y)
Guangzhou jom..bulan 9 ..trip under company…hehehheeh..
aiyorkk.. pitam..
jommm kita berkonvoi ke Krabi ujung tahun nih, mahu ??? 😉
errr.. saya tak minat pergi pantai la watie.. huhu..
sonoknyeeeeee byk tempat dah pegi.. jeles jelessss
tapi akak tak penah pegi beijing.
nak jelesss dgn kamuu..
xpe kita kerja overtime (H)
(Y)
Guangzhou jom..bulan 9 ..trip under company…hehehheeh..
aiyorkk.. pitam..
jommm kita berkonvoi ke Krabi ujung tahun nih, mahu ??? 😉
errr.. saya tak minat pergi pantai la watie.. huhu..
nak ikut… ada sponsor tak??
takdak..
syabbas betti. syabbas.
(Y) syabbas pada diri sendiri juga
lain muka sis dlm pasport tu..
muka 5 tahun lepas katanya kan…
tajuk entri tak menahan 😛
la la la la la…