Mari Memetik Strawberry

akhirnya kami ke big red strawberry farm.
aku pernah datang sini dulu dengan encik z, payiet & nikol.
boleh baca entry tu kat SINI.
jalan masuk cam agak tersembunyi.
memang kau kena berhati-hati pandang ke belah kiri nampak signboard kecik je tulis big red strawberry farm.
pastu terus je naik membukit sikit jalannya.
terus ke bahagian memetik strawberry.
kira kira harga gitu gini terus je la masuk.
encik z, aku, yaya & caca.

: : encik z yang rajin melayan : :

: : yaya & skill memetik strawberrynya : :
yaya pandai je bawak diri petik strawberry.
tapi caca memilih.
memang la memula aku cakap cari yang elok elok.
takmo kotor, takmo lebam, takmo merah sangat.
last-last dia plak kemain memilih.
‘yang ni cacat mommy. cannot’
berpeluh peluh melayan ok.

: : budak cerewet : :

: : budak yang pandai bawak diri : :

: : korang petik. mommy jugak yang kena bayar kan : :

: : everyone happy : :

: : mak dan pak sedara yang setia menunggu di luar sambil makan waffle aiskrim : :

: : dua budak strawberry : :
lama jugak la kaklong mama semua nunggu kami.
what to do.
bukan hari-hari pergi cameron highlands kan….

6 thoughts on “Mari Memetik Strawberry

  1. selalu pun kalau pegi cameron mesti akan ke sini.
    pastu makan waffle + topping ice cream..yummeh!
    caca bukan cerewet. dia mengikut kata…hahaha!

    • caca tu comel yg sampai kadang2 geram nak marah pun tak jadi sebab petah sangat cakap gitu gini.
      tu la, macam dah matured sgt anak aku tu. agaknya sebab persekitaran jugak kot.

Comments are closed.