Makan & Kejadian Iringan

ni cerita makan-makan jer.
aku sekali arung kan 2 cerita makan dalam satu entry yerh.
memula sekali makan kat sweetchat kat the mines.
apa ke jauh benau aku sampai ke the mines?
tu pun cam biasa entry lain heh.
sebelum makan, gi nonton filem the woman in black.
cerita yang sungguh saspen terkejut kejut sehingga hampir termeninggal dunia.
trust me.
korang yang senang terkejut dan terutamanya yang pregnant, jangan gegila nak nonton.
seriyus memang banyak scene terperanjat.
aku tak suka cerita ceni.
di mana hantu nya adalah jahat.
kau dendam dengan sorang, kau balun orang yang kau dendam tu je sudah la.
ni dengan orang lain yang tak bersalah semua kau nak bunuh.
dasar hantu.
tapi dah nama hantu sokayyy la kan.
dia punya kuasa untuk membunuh.
tapi kalau manusia.
dendam dengan sorang jer.
tapi habis adik beradik tiri, kawan karib dia pun nak dikutuknya apa cer. cer citer…
even orang yang berjasa dengan dia pun dia nak mengumpat keji.
kau dah kenapa?
kurang kasih sayang kah? puiii..
dah 3,4 kali kot aku makan kat sweetchat ni.
so takde apa sangat nak cerita.
makanan adalah melazat dan harga so so.

: : blue ocean, mango passion, durian pancake : :

: : spicy beef pasta & bake mac cheese : :
first time try bake mac cheese tu.
not bad. sedap.
sesambil makan sesambil feel feel kat venice.
euw euw.
sebab harga makan lebih RM50, terus dapat loyalty card.
cop cop cop mengikut terma dan syarat, nanti boleh la dapat makanan-makanan tertentu.
tapi expired bulan jun.
mampu kau nak makan total up sampai RM220 dalam masa 3 bulan ni?
heh.
cerita makan-makan kedua pulak.
makan kat ayam penyet AP. kat kl festival city.
ni makan-makan lepas keluar dengan pranita.
gi sini sebab mau cari beg.
haaa ada insiden jadi kat al ikhsan.
aku ada la berkenan dengan satu beg tu.
cakap la dengan budak perempuan yang jaga tu.
of coz la aku nak yang baru, namo la yang display.
pastu dia cari, katanya takdak stok.
aku cakap la dengan dia, call la mana-mana outlet tanya ada tak.
kalau ada akak pegi sana beli.
dia boleh dok renyih renyih berdiri tegak depan aku.
apakah?
malas la nak teruskan cerita ni lagi.
kang aku ter geng dengan hang plak.
sokmo meroyan.
walhal beg ja pun. bukan boleh bawak mati.
dan akhirnya beg idaman hati aku beli kat puma, midvalley.
rujuk entry Puma ku.

: : udang penyet, dendeng berlado, sayur asam : :

: : tiba tiba nampak ni. kau mampu? : :
hai eyriqazz.
macam ke dia baca blog aku.
jocko, suruh dia baca entry ni. pastu komen tau.
matikkk la mendesak orang baca. pastu mendesak komen lak.
walhal orang tu blogger famous kot.
takde masa nak layan aku blogger picisan ni.
so blogger picisan. mari kita sedar diri.
jangan sesedap tekak nak add blogger famous di facebook apatah lagi meng add saudara mara dan adik beradik mereka.
tara malu kah?
malu oi malu. shame on u!

14 thoughts on “Makan & Kejadian Iringan

  1. seb baik gua sedar diri sbb gua bkn blogger hehe
    durian pancake sweetchat mmg terbaik

    • orang suruh buat blog dah berzaman dah.
      tapi tak gak buat2 kan.
      tapi sokayy la takyah ada blog pun takpe.
      buang masa je. #eh

  2. bila tang gambar makanan lajuuuuuuuuuuuuuuu scroll bawah.

    tak mau tergoda. alah blogger pemes ka picisan sama ja kot. bukan status blogger tu yang penting, yang penting perangai.

    • semoga perangai ku terus terpelihara sebagai blogger yang errr.. yang errr.. errr.. #okbai

    • tapi best oohh letak terpampang camtuu..
      semoga satu hari blog ai pun terpampang sebegitu jua. aminnn..

Comments are closed.