Jom ke Cameron Highlands!

berpeluh-peluh aku update gambar kat cameron highlands ok!
4 hari 3 malam kot.
esok lusa aku pergi europe berapa lama la plak aku amik masa nak upload gambar hoihh..
cey ceyyy berangan europe konon.
walhal adooo…
ok kita teruskan dengan cerita cameron highlands.
memang dah bercita cita nak bawak mama dengan yaya ke sini sebab diorang tak pernah sampai sini kan.
book resort bank negara dapat lah satu apartment.
syukur alhamdulillah.
hari jumaat lepas office balik taiping dulu amik dorang.
hari sabtu dalam pukul 11 pagi camtu baru gerak ke cameron highlands.
oleh sebab dari taiping, sah sah la naik dari simpang pulai.
kalau dari simpang pulai ok la kan jalan besar.
dalam pukul 2 petang lebih lebih sikit sampaila.
terus gi banglo bank negara sebab nak amik kunci.
alang alang tu, pose pose maut dulu kat sini.
bawah ni banglo.
tapi cuma pegawai pegawai besau je boleh duduk sini.
kena tunggu encik z naik pangkat dulu walaupun mungkin 1000 tahun lagi. heh.
dari banglo terus zass ke strawberry park resort.
mama dah siap siap bawak bekal dari taiping.
so makan dulu. lapau.
ada ikan goreng, kari ikan, sambal ikan bilis.
sekejapan lepas tu adil & yana pun sampai.
diikuti dengan kaklong sekeluarga.
pukul 6 petang camtu dah siap siap nak ke pasar malam brinchang.
namo pegi lewat malam sangat sebab takut jalan jem.
tapi tu pun sebenarnya dah jem jugak okk..

: : budak nakal : :
memula jalan sesama beramai ramai tapi pastu berpecah belah.
sebab susah kot nak jalan ramai ramai dengan sorang nak beli itu, sorang nak beli ini.
so berpecah senang. nanti jumpa je kat kereta.

: : beli aiskrim strawberry : :

: : dan juga strawberry bersalut coklat : :
benda makan lain memang aku tak beli sebab makanan banyak lagi yang mama bawak tu. tak baik membazir.
malam tu lepak je tak keluar pun, ramai ramai nonton TV.
ENTRY LAMA KAT SINI

8 thoughts on “Jom ke Cameron Highlands!

  1. lama tak jejek CH
    kalo gi sana mlm2 mmg lepak jek kt bilik
    xtau kot nk jalan mana memalam buta kt situ
    ok la utk release tension

  2. pernah 3-4 tahun lepas, sampai 2 kali ke CH..apa dicari pon taktau, tp mmg fefeeling obersea..lepas tersedar asik ke tempat yg sama takmau pi dah, tunggu 5-6 tahun pulak kot…. (H)

Comments are closed.