Hari Ni Saya Dah Setahun

Assalammualaikum auntie auntie dan uncle uncle yang baca blog mommy saya ni.
Nama saya Nur Balqis binti Khiruizam.
Tapi opah panggil saya Nur.
Mommy panggil saya Cici.
Kakak caca panggil saya Kiskis.
Saya tak kisah nak panggil apa pun.
Tapi jangan lupa nama penuh saya ialah Nur Balqis ya.
Hari ni harijadi saya. Umur saya dah setahun dah hari ni.
Yeay.
Tapi saya tak tahu la pulak saya lahir pukul berapa.
Nanti saya tanya Ibu.
Nanti Ibu nak bawak saya pergi cek kat hospital.
Nak buat laser. Buang benda besar kat tepi pipi saya ni.
Ibu kata bila dah umur setahun boleh buat.
Auntie dan uncle semua doakan saya yer?
Oh yer, kalau auntie dengan uncle nak bagi hadiah birthday, boleh kirim kat Mommy saya yer.
ok nanti saya tulis lagi.
tata.

28 thoughts on “Hari Ni Saya Dah Setahun

  1. sayang Cici…moga awak cepat sembuh yer.
    awak tau tak..awk jugak secomel kakak awak.
    walaupun kakak awak masih minum susu botol, dia tetap comel juga.
    kamu berdua mewarisi kecantikan Ibu kamu..err mommy juga.
    happy birthday sayang!

    • nasib baik auntie puji mommy jugak.
      kalau tak dia mesti sentap.
      mommy tu kuat sentap tu tau. sama macam kakak caca.
      sesikit nak sentap. cici pun tak paham
      apa pun tak boleh!

  2. Happy Birthday Cici
    Moga Cepat Sembuh ok…
    auntie sentiasa doakan yang terbaik buat Cici

  3. Happy Befday Cici..nama kite sama kan..trust me,sangat3 bahagia menjadi insan yang bernama cici ni,. 🙂

  4. cukup setahun terus cici bikin n3 pertama, pheewwiitt
    Selamat hari jadi cici, moga awak sihat dan selamat selepas buat laser nanti. Insyaallah.
    (^) unkel bg kek spotong dulu, yang lebih kirim pada mommy yer, jangan mommy baham sudah.

    • ok cici amik sepotong dulu.
      nanti uncle jangan lupa bagi satu biji kek yer.
      cici nak red velvet.
      terima kasih uncle.

Comments are closed.