Emosi Dengan Rancangan TV

1 Million Money Drop
ok takde la emosi sangat sebenarnya.
tapi emosi gak la bila soalan senang, atau pun aku tau jawapannya, tapi diorang plak tak tau.
rasa cam aduhhhh ruginyaaa…
tapi bila soalan yang aku taktau jawapan, tapi diorang jawab betul, terus tersipu sipu malu diriku.
hari tu laki bini dapat soalan di manakah letaknya gua kelam.
diorang taktau.
aku rasa cam apakahhhh…
gua kelam kat perlis oiiii…
pastu encik z cakap mana tau diorang tak pernah pergi perlis.
awak ingat semorang jalan jalan cuti cuti malaysia macam awak ke?
iya iya lahhh…
pastu bebaru ni pasangan anak beranak.
bapak dengan anak perempuan.
dapat soalan siapakah di antara berikut bukan ahli 4U2C?
1. mohd johari 2. noor azam 3. mizal zaini 4. nazrey
memekik la aku kata nazreyyyy laa.
nazrey tu kan ke ahli kumpulan raihan.
hoiii takkan taktau kottt..
terus encik z tampau aku.
dia kata hoii.. budak perempuan tu umur 18 tahun.
bapaknya 50 tahun.
tak hidup dalam era 4U2C awak tu la.
$#(&@@_@&*)!)!)_!_
rugi okkk.. sebab dorang split.
letak kat nazrey dengan mohd johari.
lebih 100ribu jugak okk.
tetapi akhirnya mereka 2 beranak dapat 240ribu.
jumlah paling tinggi sepanjang episod moneydrop ni.
hebak mu hebak…
minggu ni episod akhir dah.
cemana ek kalau kita nak jadi peserta moneydrop ni untuk musim depan?
cehhh cehh berangan nak masuk walaupun ilmu di dada bukan banyak nau.
tapi kalau ada peluang masuk, aku nak masuk dengan haron.
sebab dia hebat. 😀

20 thoughts on “Emosi Dengan Rancangan TV

  1. akak ms episod mula2 tu soklan dia
    nama sebenar saloma
    jawapan salmah ismail, salmah dotdot (x igt), salma hayek
    ada ke diaorg tergamak p teka salma hayek
    rs cam nak gigit je..
    tp tulah kita x tau situasi sebenar kat situ kan
    manatau tetiba gugup ke apa

  2. hehehe..nengok money drop nih bikin hati jiwa tersentap2…rasa nak jer aku yg masuk dalam tv…seligi sedas dua..geram tui soklan senang susah nk jawab..siap terkial2 muka blur2 tuh lagik lah ilang sabar aku..hahahaha
    tapi tuh la kan..kita tak berada disituasi kt situ so tak rasa debaran maha haibatnya dap dip dup…silap2 kalau kita atas pentas tuh..tanya soklan…tahun berapa mesia merdeka..trus blur…*jam2 dlm hati terus nyanyi lagu p.ramlee & saloma yg ade lirik thun merdeka tuh… 😀

  3. rancangan konsep begitu memang objektifnya untuk buat penonton emo.
    jadi anda dibenarkan emo.
    takpe takpe..dont worry bebeh 😛

  4. Hehehe, keg akak pon ter emo gak dik oii… Dlm hati, kalau aku masuk mesti dpt sejuta *cewah, xnak ngalahkan*muahahahaha. Tulah kan, kalau dh naik pentas tu mana tau, gubra… Hehehe

  5. ler
    baru nak ajak ko join
    pakai cable astro lorr hohooooo!

    ganti ngan RD jer lah

    • hah kau kabel baik dengan astro kan kak.
      masukkanlah nama ku kak.

      saya masuk ngan RD? boleh boleh.
      tapi nak ke dia dengan saya.
      kang ternganga je tak reti jawab apa. ehe.

  6. rasanya sume pon mcm akak sbb kt umah soklan sume nmpk sng jek…he..he..he..episod yg menang paling tinggi tukan ade husband n wife dpt RM100k,dia tu kwn saya (bkn sbb menang nk mngaku kwn yer..he..he..he..) kwn saya kata utk musim ke-2 pon da abih dianyer audition x tau la plakkan…

    • suami isteri yang warak2 tu ek.
      woh kawan kamu yer.
      akak suka wife dia relaxxxx jer.
      husband dia je cam menggelabah sikit #eh

      • ha’ah diaorg mmg warak hbs,tu yg bila duduk skali dgn kitaorg mcm tmalu dgn diri sndiri…he..he..he..wife dia cikgu sekolah tu yg tenang jek,da biasa handl student kan…hubby dia mmg mcm tu tp at d same time kelakor..

        • akak geram bila husband dia suka cakap ‘cepat cepat cepat’ pada wife dia masa nak pilih kategori tu.
          walhal wife dia baru nak pikir kot..

  7. huwaaaa nanges lor tengok rancangan tu… kami ngan jepp merempan masa episod pertama haritu bila pasangan kembar tu bleh tatau mau jawab soalan masak lemak cili padi terkenal di negeri mana… aiyooorrrrkkk bleh tuh split kan negeri sembilan dengan sabah…

    dah la couple sebelum tu pun tatau mau jawab soalan dondang sayang berasal dari negeri mana..

    kau orang negara mana dik oiiiii… itu pun tatau ka??? kah kah kah

    • adoiyaiii…
      tu la tu. jadi kasihan la bila soalan senang2 tak leh jawab.
      cam ruginyerrrr….

  8. orang kata, pengetahun kita yang diluar dengan pengetahuan kita bila menyertai rancangan tu tak sama… nerbes boleh hilangkan segala2nya…

Comments are closed.