Bangun Pagi Pagi

ok ini cerita 2 minggu lepas.
aku sekali arung kan dengan cerita minggu lepas.
yang kenapa aku boleh terawal pergi rumah intan tu.
sebenarnya sebab aku nak renew passport.
so lepas subuh tu siap-siap apa semua terus la cargas ke imigresen sri rampai.
tengok eh eh takde orang pun.
terus ke pintu masuk tengok ada tampal notis kata minggu tu dorang katup sebab ada penyelenggaraan la apa la.
pastu ditulis imigresen berdekatan kat pusat bandar damansara sana.
so zasss la aku ke sana piula.
tup tup orang situ kata imigresen situ dah katup forever.
udah pindah ke jalan duta sana.
haisyooo..
so bergegas lah ke jalan duta pula.
sesat barat mencari sebab bukannya kat jalan duta.
tapi kat hartamas. depan publika tu ha.
tapi rupa-rupanya pun minggu tu ditutup sebab penyelenggaraan.
aduh saliha.
apakah nasib.

: : gambar passport baru. comot sebab amik lepas office hari jumaat : :
encik z tanya nak gi putrajaya ke.
tapi sebab dah janji dengan nida nak ke rumah intan, tu yang kensel.
buat minggu depannya.
iaini minggu lepas lah.
terus ke tasik perdana makan nasi lemak tanglin.
yang takde la sedap mana pun tapi berpusu pusu orang memakan termasuk haku.
apakah.

: : nasi lemak tanglin yang takde la sedap mana pun. sedap lagi nasi lemak mali : :
lepas makan jalan-jalan kat depan tu ha sebab ada cam ala-ala flea market.
terbeli tupperware ni ha. RM35.
cerita minggu lepas.
aku ulang benda yang sama.
bersiap awal pagi. zass ke imigresen jalan duta.
ala-ala karma gitu aku rasa.
eh karma? sesuka kau je kan normaya.
dejavu la. dejavu la sangat. puiii..

: : inilah dia kompleks kementerian dalam negeri di mana semua urusan dalam negeri boleh dilakukan : :
aku sampai dalam 7.30 pagi camtu.
dah meramai q. aku q kat bahagian pembaharuan passport unit kiosk.
pukul 8 pagi pintu dibukak.
terus rebut envelope.
tetengok baca kat envelope nak kena ada fotostat IC la pulak.
harus lah aku tak bawak.
sebab dalam syarat-syarat takde lak kata nak fotostat IC.
so turun bawah fotostat IC.
masukkan salinan fotostat IC dengan gambar passport dalam envelope ni.
pastu q kat kiosk.
kalau nak tau langkah-langkahnya, korang boleh refer kat SINI.
lepas submit kat kiosk tu, korang kena tunggu sejam tau.
lepas sejam baru pergi amik nombor giliran.
jangan pergi awal dari tu.
nanti kena maki dengan sorang staff india perempuan yang muka cam hawau.
ok idak ler dia maki tapi very the kekwat laaa.. koserr..
kalau kau rasa kau tak boleh duduk kat kaunter layan customer, baik kau mintak tukar je la aci.
sangat menjatuhkan kredebiliti staff imigresen hokeyy..
sementara tunggu sejam, aku ngan encik z keluar la gi breakfast.
breakfast kat hentian duta sana.
walaupun dalam kompleks KDN tu ada je kan cafe.
saje je nak buang masa. heh.
lepas sejam datang amik nombor giliran.
staff yang lain selain dari staff perempuan india tu semua pun adalah baik dan berhemah. me like.

: : passport lama dapat balik tapi dah digunting tepi : :

: : passport baru saya. uhuuu : :
dalam masa 2 jam proses merenew passport selesai.
kudos imigresen! saya mesti pilih! (macam ke ada pilihan lain kannn)

8 thoughts on “Bangun Pagi Pagi

    • betul. sebab kau mengadap customer kot kan.
      kau dah sesikit nak merempan jer, baik kau kerja belakang tabirrr..

  1. Adoiii la aci oiiii… Dk Umah jaga cucu lagi bbaik la, kuikuiakui

    Byknya dugaan nak merenew pport, seb baik solosai… 🙂

  2. Oh. Lagi senang guna kiosk yer kalo nak renew.. ehem.. nak renew gak ni, tp gi ari keja lah. Masuk opis lewat sket kan 😀

Comments are closed.