Tanjat Gegirl

pertama kali aku experience benda nie.
diterjah dbkl!
ceritanya gini.
hari khamis hari tu balik kerja aku dengan encik z gi makan kat gerai kueyteow ni ha. glamer kueyteow kat sini.
dikenali sebagai kueyteow botak. terletak di setapak.
sekentut je dari jasmine.
baru nak suap makanan, tetiba nampak lori dbkl 2 ketul datang.
pastu turun la lebih kurang 10 orang staff dbkl.
aku memula ingat kot diorang nak menjamu selera kat situ.
menjamu la sangat.
dengan takde signal hapa, diorang angkat meja dan kerusi kosong dari gerai botak tu.
harus la aku terpinga pinga.
ada la gak customer lain pun terpinga pinga gak.
encik z kata, buat dono jer. makan jer.
harus la aku ketakutan kan. kang tak pasal dihangkut kami laki bini naik lori jugak ke.
kan macam kalau orang berniaga, dbkl datang.
kan semua pun lari lintang pukang kan.
encik z bagi signal mata. makan!
laju laju la aku makan sambil nengok keliling.
tapi owner relax jer.
dia pun siap cakap kat meja sebelah, makan bang, takde apa.
dah habis dihangkut, baru la ketua rombongan dbkl tu jumpa owner.
rujuk gambar bawah.
diorang meniaga memang ada lesen.
cuma nya sebab kerusi meja diletak di bahu jalan.
so menganggu lalu lintas lor.
ada la tu yang report tu.
tapi bukan setakat gerai botak jer, restoran mamak kat depan pun diorang sapu.
restoran cina yang hujung jalan tu pun licin kerusi meja dorang yang ada kat atas jalan.
fair n square kekdahnya. good job dbkl! #eh

: : kerusi meja dihangkut : :

: : ketua rombongan dbkl tengah bermesyuarah dengan owner botak : :

: : kalau dihangkut beg seribu aku ni, harus aku lompat naik atas lori jugak : :
yang best nya, lori dbkl baru bergerak sikit ke depan, diorang dah pakat pakat bawak keluar kerusi meja baru. letak kat atas jalan balik.
selamba je kan.. takde rasa risau ketakutan ke hapa.
gamaknya income diorang meniaga ni lebih dari cukup kot nak bayar saman?
what say u? :-S

32 thoughts on “Tanjat Gegirl

  1. itu ok kot Kak,dr saya penah experience tgh beli DVD pirate,KDN+polis dtg serbu kedai tu…cina meniaga beterabur lari tp dorang kejar mcm penjenayah pastu tendang pintu belakang la…uish menakutkan!! pucat lesi,mngigil kepala lutut waktu tu…

  2. mmg x makan saman lah peniaga tu…hehe
    tp kan bahaya letak meja kat tepi jalan cam tu..sis pon berani je makan yer, hiks.

  3. sy penah gak tgk masa zaman student dulu, kedai mamak kt shah alam. raid pendatang haram pun ade gak tgk kat kedai sebelahnya, terus kedai tu tutup dan akhirnya terus bertukar menjadi Lontong Klang yg ternama skrg. sebelum tu kedai tomyam. so pendatang2 haram tu seme org Thai, jadi tukang masak. patutlah manthap tomyamnya. hohohohoohho

  4. penah kena mcm ni kat 1 of mamak kat kelana jaya sbb letak kerusi meja kat tmpt parking. mmg terkejut la time tu. tapi yg kelakarnya…org dbkl ngan waiter2 tu berebut kerusi meja yg nak diangkut…hahaha…kelakar.

  5. patutnya depa ni gi serbu yang dekat otk tu

    gerai org melayu dia suh pindah..but restoran kat situ..sampai atas jalan pun nak letak meja..
    padahal tu tempat parking dan jalan raya ok…

    nak sangat tgk org dbkl hangkot meja2 tu

    • tu la sib baik diorang angkut gak kat restoran cina tu.
      kalau tak, memang la pilih kasih. tak pun rasuah. wupss..

  6. Ntah2… kerusi meja tu hangkut bawak naik lori dbkl, ada lg satu lori bawak turun kerusi meja ganti.. sebab semuapun selamber je kan, yang kena hangkut dan yg mengangkut, masing-masing macam takdak rasa bersalah.. hahaha.. speku !! tapi letak kerusi meja atas jalan.. memang la membahayakan nyawa. tengah2 sedap makan ditonyoh kereta.. tak ke naiya !!

    • atas jalan noksss..
      tapi encik z kata kalau ada orang, dbkl tak blh hangkut.
      mau ada pertumpahan darah kot kat situ..

  7. mesti time mkn tu mcm x tenang kan?
    tp mmg bahaya la kak letak meja atas jln
    mengganggu pun iye

    • tapi lumrah orang malaysia suka je makan tepi2 jalan cenggini.
      salah sorang orang malaysia tu akak ler ehehee..

    • hello… beg 1000 okkk..
      takkan aku nak tengok je beg itu dirampas pegi?
      harus bermati matian pertahankan okk..

Comments are closed.