Suratan atau Kebetulan

baru-baru ni yang aku pergi cameron highlands tu kan, sampai sampai kat resort aku nampak sebuah kereta proton waja.
yang lepas tu aku cam eh eh. seperti ku kenal kereta ini.
tak sempat fikiran aku nak berputar abang halim, encik z bagitau aku ‘shida ada kat sini’
aku jawab ‘oh. eh?’
encik z pun call la nak confirmkan.
betul la tu shida sefamily ada kat unit sebelah je.
sempat borak kejap dengan shida kat luar tapi kejap benau sebab sibuk memasing nak makan. lagipun masa tu dah petang benau.
malam ke 2 baru sempat kitorang borak lama masa husband shida dengan encik z keluar nonton bola.
best gila kot borak santak sampai ke pukul 2 pagi.
macam macam topik cover.
tak pikir ngantuk dah sebab lama dah kot aku tak borak apatah lagi jumpa dengan makcik ni.

: : lumrah persahabatan yang kadang kala berada di dalam kegelapan : :

: : juga melalui tempoh kesamaran : :

: : tapi cahaya akan kembali bersinar 🙂 : :

: : dan kembali bergossip ehehhee : :
takde mananya aku dengan shida berjanji janji setia nak ke sini.
dia taktau. aku pun taktau. kebetulan sangat.
itu lah dia.
kalau persahabatan tu ikhlas, tak bersandarkan perasaan iri hati, aku percaya walau sejauh mana terpisah, insyaAllah pasti akan terus berhubung.
bila dan bagaimana, biar lah Dia yang satu sahaja yang tahu.
yup, penuh onak duri persahabatan aku dengan shida ni.
diremove dan meremove dari facebook lah, ditempelak merosakkan hubungan orang lah.. dan paling terhapa kata aku ni membuat cerita ‘KONONNYA’ bla bla bla bla (censored)
walhal orang yang bercerita tu, langsung tak tau hujung pangkal cerita!
dapat cerita pun dari sumber yang nampak benau menipunya.
sumber yang nak mengcover diri sendiri lalu memburukkan orang lain. puiii..
pastu orang yang bercerita tu nak jugak menempel konon macam tau cerita A to Z.
double puiiii puiii..
#emosi plak. astaga.
walau apa pun, aku sayang kau shida.
walau pun mulut kau laser menghanjeng aku tapi aku redhooooo.
sebab aku tau hati kau baik.
walaupun kekadang baik tak bertempat #eh
dan paling penting, aku doakan semoga kau akan dapat jawapan yang kau cari.
jawapan kepada semua persoalan.
dan above all, paling penting adalah semoga persahabatan kita berkekalan. (L)
insyaAllah. amin.

6 thoughts on “Suratan atau Kebetulan

    • boleh jerr… selagi bukan soalan menghanjeng. diterima.
      tudung tu beli kat carrefour wangsa maju kak. 25ringgit.

    • haah takde awning. senang sarung je.
      tapi muka tak terpenyek terpeleot ke hapa.
      kat carrefour ada banyak. 🙂

Comments are closed.