Semanis Kurma. Bukannya Manisnya Kurma Itu Ya…

last week ustazah dato’ siti nor bahyah dengan husband dia datang bagi ceramah kat office aku  ni ha.
ceramah bertajuk Bicara Semanis Kurma – Keluarga Syurgawi.
patut start pukul 12.30 tengah hari, tapi sebab stuck dalam jem katanya, pukul 1.15 camtu baru mula.
takpe ustazah, saya maafkan.
dimulakan oleh ustaz wan dengan memberi 3 penekanan.
1. Jangan Mengeluh
2. Jangan Merungut
3. Jangan Menyesal
kalau kita tinggalkan 3 perkara di atas ni, insyaAllah akan bahagia hidup kita.
ok jom tinggalkan sama-sama ote?
dan kemudian 7 Asas dalam membina Keluarga Syurgawi.
1. Iman & Taqwa
2. Kasih Sayang
3. Pergaulan Yang Baik
4. Amanah & Tanggungjawab
5. Rezeki Yang Halal
6. Banyak Berdoa Kepada Allah SWT
7. Buat Baik Kepada Ibu Bapa
insyaAllah kalau kita suami isteri berpegang kepada 7 perkara asas di atas, kita akan dapat membina Keluarga Syurgawi.
maka nya, sama-sama kita, ya?
malam pulak kebetulan aku pun terswitch tv rancangan semanis kurma.
sesambil nonton bertweet dengan pae & ernie.
malam tu tajuknya Cinta Baru Kekasih Lama.
tetamu undangan khai rosma & Dr Rubiah.
aku suka yang masa Dr Rubiah bercakap pasal satu kes ni. yang suami dah tak sayang tu.
ala dah lupa ayat dia macam mana, tapi lebih kurang cam orang dah tak sayang, nak stay buat apa lagi.
hidup dengan orang yang dah tak sayang kita ni sama macam hidup dengan bangkai bernyawa. gitu la.
tapi memang itu yang aku amalkan dari dulu kini dan selamanya.
kalau orang dah tak sayang, blah je la.
kau nak stay buat apa.
suami ni sayangkan kita bukan dari kata-kata je.
tapi perbuatan ok.
kalau dia sayangkan kau, dia takkan buat benda merepek.
cakap benda-benda menyakitkan hati kau e.g mengungkit, mengutuk kau pada orang lain.
ada skandal kat office.
takmau tolong jaga anak-anak, maki hamun anak-anak, berkira duit ringgit.
pendek katanya perbuatan la. paham?
tak cukup je dengan i sayang u, i sayang u.
tapi perangai, cam keharam…
emosi plak aku kan? haha…
pae, dah dapat ke nombor hp dr rubiah tu.
kalau dah dapat bagi pada akak ok?
*speku jangan tak speku

9 thoughts on “Semanis Kurma. Bukannya Manisnya Kurma Itu Ya…

  1. x baik kutuk isteri or suami sendiri
    dan jgnlah berskandal ngan kekasih lama
    boleh nasihat camtu?

Comments are closed.