See No Evil, Hear No Evil, Speak No Evil

sebenarnya aku memang ada banyak entry yang nak diupdate kat sini.
entry cuti-cuti kedah, wedding adil, cuti-cuti cambodia, jalan-jalan ke kl bird park, lawatan ke muzium matawang BNM dan yang terbaru cuti-cuti cameron highlands.
tapi taktau la, perasaan malas meluap luap berleluasa dalam diri dengan hebatnya.
tak tau la bila tahun nak habis update semua cerita ni.
harap harap habis la update sebelum aku pergi bercuti ke bandung nanti.
eh terbagitau plak eh? hari tu kata nak rahsia bagai. dasarr…
lagi satu aku tak suka bila update lompat lompat.
cam hari ni cerita pasal kedah. esok cerita pasal cameron highlands.
sat gi lusa tiba tiba cerita pasal cambodia.
aku tak suka camtu. bukan diriku. eceh.
aku suka ikut step. baru tersusun dan terindah gitu.
tapi dalam malas malas tu, aku taknak la jugak biar blog ni kosong tak berupdate.
rasa cam tak best lah pula.
tapi tu la, nak update lite-lite atau memberi pendapat aku memang tak pandai.
i blog about what i experience. hmmm hmmm…
in between aku update la mana-mana yang boleh selit selit eh.
gambar bawah ni masa aku pergi cuti cuti ke cameron highlands dengan encik z, payiet & nikol.
masa ni aku belum nikah pun lagi dengan encik z.
tengah tunangan. kira darah tengah manis manis melecas gitu la.
bergambar kat patung 3 ekor monyet ni ha. ada kat ENTRY NI kalau korang nak baca.
baru baru ni gi cameron highlands, repeat lagi ke sini.
tapi rose centre tengah direnovasi agak besar besaran.
3 ekor patung monyet warna putih belum dicat.
how time flies, kan?

12 thoughts on “See No Evil, Hear No Evil, Speak No Evil

Comments are closed.