Satu Hari di Hat Yai

lepas check in hotel semua, nak keluar lah nak cari makan.
of coz cam terbangang bangang mana nak cari restoran halal kan.
tapi rezeki, cikgu asri bagitau sebelah hotel tu ada kedai makan halal.
so menapak je la berjalan gi situ.

: : nampak bismillah dan halal di situ? : :
tapi bila tengok menu kami anak beranak terkesima.
bahasa siam kot uolls.
aku tak pernah pergi sekolah siam ok.
terus cam bagaimanakah ini.
yerla memang la semua makanan halal.
kira kalau kau order apa pun, halal kan.
tapi nak gak la pilih makanan sendiri.
lalu panggil la adik kedai perempuan yang comel tu.
tanya kot kot dia pandai cakap melayu atau inggeris.
tapi hadoooo..
kebetulan ada sorang mamat kat situ, orang thai la tapi boleh kecek kelate sesikit.
sikit je pun.
nak make gapo bang?
aku pun cakap la segini segitu.
dia tak paham teh o. jenuh nak memahamkan.
tapi akhirnya paham.
tang tomyam plak tak paham.
tomyam tu dia paham tapi bila aku kata bihun tomyam dia cam muka blur.
pastu angguk angguk geleng geleng.
sudahnya yang sampai tomyam kosong takde bihun.
kesian.

: : kau mampu paham?? : :

:: teh dia sedappp : :

: : nasi goreng dan tomyam. tomyam pun sedap! : :
kenyang makan, balik bilik lepak lepak kejap pastu zzz la anak beranak.
nanti pasal hotel ni aku buat entry lain yer.
keesokan harinya, bersiap siap. check out terus.
plan nak pegi hatyai plaza tapi pusing punya pusing tak jumpa tempat parking.
lalu kereta menonong nonong ke lee garden plaza.
parking kereta kat situ.
tengah terbangang bangang nak cari kedai makan halal, tetiba ada pemandu tuk tuk approach.
aku tunjuk la hat yai plaza sebab memang situ tempat shopping dan tempat makan sekali.
masa aku tunjuk map tu, yer yer je angguk kata tau.
ujung ujung berhenti tepi jalan tanya orang.
aku saspek dia tak tau baca tulisan rumi ni la.
dan paling berapi dia caj 100baht ok.
bersamaan RM10 walhal tempatnya sekentut je.
dem u!
tapi encik z suruh redha.
tsktsktsktksktsk….

: : pengalaman pertama menaiki tuk tuk : :

: : nampak map hat yai aku tu tak? : :
sampai hat yai plaza, terus naik food court kat tingkat atas.
sini memang banyak tempat makan halal.
so korang kalau gi hat yai, nak shopping kat hat yai plaza, boleh makan dulu kat food court atas ni ok.

: : kat sini tak payah runsing. ada tulisan rumi sekali : :

: : drinks : :

: : encik z makan nasi daging merah : :

: : yaya makan bihun sup : :

: : aku makan bihun ladna : :

: : kami up dengan kerabu mangga yang sedap gila plisss : :

: : berlatarbelakangkan kedai kedai : :
pastu ronda la dalam hat yai plaza ni.
memang banyak kedai jual jual baju.
oh sebelum tu korang jangan gelakkan baju aku tu.
aku pakai gitu sebab ingatkan nak pergi samila beach.
tapi lepas tengok timing segala, memang tak sempat.
sebab nanti nak balik kena patah balik ke bawah.
so kalau pegi pantai boleh la feel feel kan pakai jumpsuit gitu.
encik z dah gelak gelakkan aku dah. cisss..
tapi lantok ler. AMK kann..

: : amboi siap kau kaut tangan laki mak yer. hmpff hmpff : :
dah habis kat hat yai plaza, tahan tuk tuk nak pergi cari kain silk.
tapi ntah mana kedai dibawak ntah.
pastu kitorang jalan je pelan pelan dan akhirnya jumpa gak kedai kain ni.
rasa nya kedai yang sama aku penah datang dulu kot.
aku beli lah kain sepasang.
menapak punya menapak akhirnya sampai balik kat lee garden plaza ni.
haha sabau je la.
agaknya tempat sebenarnya dekat, tapi sebab taktau.
naik tuk tuk dema bawak tawaf satu hat yai ni kan..
cari gak fridge magnet tapi tak jumpa lah.
takde yang tulis hat yai. huhuhu..
dah lepas tu terus gerak sebab nak pergi tempat lain yang boleh tahan jauhnya.
TBC…..

4 thoughts on “Satu Hari di Hat Yai

Comments are closed.