Pengorbanan Katanya…

matikkkk la dah takde cerita dalam entry dah yang aku nak publishkan bagi korang baca.
ok ok fine. memang ada cerita yang patut diupdate.
macam wedding adil, cuti-cuti cameron & cuti-cuti cambodia.
tapiiiiiiii aku pemalasssss nak upload gambar yang melambak.
nak karang cerita lagi. adoiii…
dah lebih lapanploh kali kot aku bagitau korang kan.
korang pun dah menyampah gamaknya.
ada jugak macam benda-benda spontan yang berlaku yang aku nak update.
masa tu cam bersemangat la ‘haaa ni boleh blog kan ni’
tapi ujung ujung pemalasss…
ni baru teringat cerita masa aku dengar sinar fm pagi tadi.
aku memang tetiap pagi dengar sinar fm je.
takde tukar yang lain.
SY, kak engku & krill terbaik ah. aku suka.
kau tak suka kau punya pasal.
topiknya lagu yang anda tak pernah dengari di sinar.
ramai la pendengar call bagitau lagu gini lagu gitu.
salah sorang pendengar ni perempuan.
dia kata tak pernah dengar lagu pengorbanan sharifah aini dimainkan kat sinar.
pastu dia bagitau la lagu ni ditujukan khas untuk suami nya.
sebab dia isteri kedua.
pastu bila lagu ni dimainkan, aku pun menghayati la liriknya.
belum apa-apa dah kata ‘hati terpaut pada yang berpunya’
gempar sangat ok.
terus aku cakap dengan encik z ‘si diana (bukan nama sebenar) boleh la tujukan lagu ni pada si ahmad (bukan nama sebenar)’
so pada perempuan perempuan yang jatuh cinta/bercinta dengan tunang orang/suami orang, korang boleh la tujukan lagu ni pada pakwe korang ek.
#okbai
P/S : ini bukan entry membagi. ini entry memberi (@)

10 thoughts on “Pengorbanan Katanya…

  1. malam tadi nonton Di Langit Lazuardi lakonan Adi Putra, Rita Rudaini & Nabila Huda.
    Adi Putra & Rita laki bini. dorang ada 3 org anak. org ketiga adalah Abil.
    Abil mempertikaikan pasal pengorbanannya pada Adi Putra.
    kata Abil pada kawannya, “2 kali aku gugurkan anak bukan pengorbanan ke?”
    sekali kawannya balas sedas, “kau kira dosa yang kau buat tu sebagai pengorbanan?!”

    anda rasa??…
    fikir-fikirkan 🙂

Comments are closed.