Mari Makan Makanan Arab

baru-baru ni aku dengan encik z try makan kat satu restoran arab yang baru dibukak kat wangsa delima berdekatan wangsa walk sana.
dapat brochure, pastu rasa tertarik lalu pergi.

: : buku menu : :

: : menunggu order : :
masa ni ada 2 family je termasuk aku & encik z.
mungkin rakyat malaysia tak betah makan makanan arab malam-malam kot.
ntah.

: : arabic tea pot & pineapple juice. tea tu sedap. tapi air nanas kureng : :

: : mullawah & hummus. terkejut tengok mullawah tu bapak besar hoih. walaupun tu small size ok. kalau big size besar mana la romannya : :

: : encik z makan lamb haneeth : :

: : aku makan mix grilled MS : :

: : benda putih ni tatau apa. tapi sedap. bukan mayonis tau : :
semua makanan pun adalah sedap.
cumanya sebab mullawah tu besau bebenau, tak habis kami makan.
tapau bawak balik. besoknya panaskan jadi breakfast. sodap!
oh ingat nak try pencuci mulut tapi sebab perut dah sengkak benau, so kensel.
takpe lain tahun datang boleh try pencuci mulut arab yang nampak menyelerakan dalam menu.
berminat nak try masakan arab dan yemeni di sini?
Restoran Malika Saba
No 3G, Ground Floor, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, KL
(berdepan butik Ariani)
selamat menjamu selera!

11 thoughts on “Mari Makan Makanan Arab

  1. Kat depan Stesen setiawangsa pun ada…kan? tapi namanya Saba je…lepas tu kalau kat jalan Ampang ada “hadratul mawt’.. yang ni kena pastikan bawak RM bebanyak..kalau tak boleh maut membayarnyer…he..he..

Comments are closed.