Malam di Alor Setar

sampai kat alor setar pusing pusing nak cari hotel yang aku dah call buat reservation.
pusing punya pusing nampak plak ada gerai jual laksa.
so stop kejap pekena laksa seround.
lokasi kejadian jangan kau tanya, lupa sudah…
mungkin kaktin & pijah tau di mana. ehe..


: : laksa yang marveles : :


: : tak toleh kiri kanan dah makan : :

usai makan, berpandukan GPS, akhirnya baru la jumpa hotel yang dicari.
hotel diberi tajuk hotel ASRC. pak pong sangat kann..
yang penting ada swimming pool okk.
harga? errrr…tak silap dalam RM70++ gak la satu malam.
tak ingat. huhu..

bilik nya besar, cuma sayang diletak satu katil queen je.
apa salah eh kalau letak lagi satu single bed.
mesti lagi menarik tertarik. kau up lah harga.
ni cam kawasan luas terbuang jer.
kalau bawak toto memang boleh sumbat tidur lagi 3 orang tau.


: : bilik air pun ok : :


: : wifi aku tak ingat plak ada ke tak sebab encik z memang bawak broadband YES : :

lepas maghrib keluar mau cari makan.
tetiba nampak ada funfair. so terus gi sini jalan jalan.
layan kejap la yaya mau naik merry go round.
tapi ada ke disuruh naik dengan orang lain??
hangin pus pus betui aku masa ni.

yang nak disumbat reramai satu gondola tu pehal nya?
kita mesti la nak naik dengan family kita je kan?
disumbat lagi 3 orang dalam tu sekali.
menyarip je hakuuuuuuu.. pfttttt..

lepas tu encik z dengan yaya main bumper car.
aku pastilah tidak. ada peristiwa ngeri dengan bumper car ni.
so namo. duduk tepi je tengok.

lepas tu masuk dalam rumah ular tengok show dari ratu ular.
tapi gambar aku dah upload kat entry lain plak.
so entry lepas ni lah yer.
jalan jalan lagi ke depan, ada pasar malam plak.
ada budak kecik plak dengan ular.
haisyooo korang ni ada bela jin ular ke hapa?
begitu hebat bercengkerama dengan ular? gelikk okeh.


: : suasana funfair dari arah pasar malam : :

dah puas jalan, stop la makan kat medan selera sebelah stadium tu.
ABC sangat sedap.

tapi sup daging agak memasin.
tapi ku hentam saja lah labu.

balik hotel terus zzzzzzz.
*tetiba cerita aku jadi ekspress kannnn….

13 thoughts on “Malam di Alor Setar

    • pekat dan slurp slurp.
      eh first time ke? ada je sis pakai letak kat blog tapi masa tu awak belum jadi pembaca blog sis kot?

Comments are closed.