Blog Maya Dot Com

Lye Huat Garden, Jitra

kita sambung kisah cuti cuti kedah, boleh?
koh koh koh koh *bunyi batuk kokol
ok lepas check out dari homestay TSI jitra tu, aku suggest kat encik z pegi jalan jalan kat lye huat garden.
dapat tau pasal LHG ni dari blog SINI.
itu lah bergunanya google.
terima kasih google! saya mesti pilih.
dari blog miza tu cam menarik tertarik je.
lagi pun dekat je dengan TSI sebab still dalam kawasan jitra cuma kau kena keluar sikit ke highway la. sikit je pun.
so pegi.

: : di pintu masuk. apa ke pesyen anak aku pakai cap camtu tu? : :
baca kat blog miza bayaran masuk RM10 untuk dewasa.
ini dah turun harga nampak nya.
lagi la happy kan. rupanya turun harga ada sebab kott..
nak tau apa, sila baca entry ni sampai habis.
yer aku tau panjang. fedulik hapaa aku.
korang suka je kot aku bebel pepanjang kannn…

: : mommy, nak amik gambar kat patung (.)(.). aiyarkk : :

: : ditopikan plak kuda tu : :

: : ada pun gambar bertiga : :
ok brief sikit pasal lye huat garden ni.
dia cam taman rekreasi untuk kau beriadah bersama keluarga la.
ada mini zoo jugak dalam ni.
ada kolam ikan, ada akuarium.
memang sesuailah untuk dikunjungi seisi keluarga.
kira antara tarikan menarik di jitra lah.

: : indoor. dipamerkan barangan antik dari negara china : :
kami pun berjalan lah perlahan lahan mengelilingi taman ni.
sayang seribu kali sayang la, taman ni sangat sangat tak terjaga.
rumput panjang. kolam kotor. daun kering tak bersapu.
kenapa la tak maintain molek molek?

: : kucing yang memalas : :

: : buaya yang double pemalas : :
nie paling sedih. ikan dah mati. dah berulat berlalat segala.
busuk jangan cerita lah. cam iskk apakah kann.
takkan kita bayar duit nak tengok ikan mati kot?

: : sedeyyy : :
kat belah depan ada kolam ikan. ikan banyak tapi cam kelaparan je semua.
kebetulan ada biskut dalam beg. aku bagi la diorang makan.
berlumba lumba bergaduh memasing nak rebutkan makanan. sadis.
pastu gi masuk dalam akuarium nya pulak.
jendela air tawar nama diberi.
ada banyak ikan comel comel bermacam warna dalam ni.
sampailah pergi ke akuarium sebelahnya.
2,3 ekor ikan dah terlentang.
dah mati la kot kan.
ada juga yang nyawa nyawa ikan hampir menghembuskan nafas terakhir.
huhuhu. ;-(

: : selekehnya laki aku. lantak : :

: : stylo jugak anak aku ni #eh : :
kalau nak bergambar dalam ni kena dengan angle dan position nya memang cantik.
cuaca nampak redup tapi sebenarnya panas meredap kott..

: : sibuk nak naik kuda besi plak : :

: : cam suramgani je plak gambar ni. oh pakai kamera kecik : :

: : apa kes anak aku tu?? adoiyaiii : :
dah habis sesi beriadah dan mencaci di dalam hati, kami pun bergerak lah ke alor setar pula.
aku pun taktau nak rekemen korang datang sini ke tak. huhu.
tapi pada tuan empunya lye huat garden, sila lah berbuat sesuatu.
sayang kot kalau terbiar begitu saja.
walhal taman ini adalah indah. hmmm….

    7 thoughts on “Lye Huat Garden, Jitra