Kisah Momok & Berak

Friday, 3:00 pm
ni kisah hari jumaat lepas.
aku stayback buat overtime.
aterrr tengah crazy kumpul duit nak pergi paris katanya.
so keje.
encik z dah balik dulu sebab malam tu dia nak gi dengar ceramah agama kat setiawangsa nun.
so aku memang kena balik sendiri la drive.
pukul 7 malam camtu terasa nak terkucil.
selalu aku cam ok ok jer. walaupun agak ketakutan tapi pegi jugak la.
hari tu kebetulan amy nak balik.
aku tanya dia nak gi toilet dulu tak.
dia kata ok, so gi toilet lah kami.
pastu dia tanya aku. kenapa maya takut.
penah jadi apa-apa ke.
aku kata tak pernah, tapi tatap gak la takut.
dia kata dia pernah experience jumpa momok ni.
aku ni walaupun penakut tapi nak gak jugak dengar cerita.
terhapa ntah kan.
so amy pun cerita.
aku pun cerita la kat korang.
sila amik feel yer.
amy masuk toilet. pastu dengar bunyi pintu ditolak.
jenguk lah seorang budak lelaki berpakaian lusuh seperti anak jalanan.
dia jenguk kepala pastu senyum pandang amy.
tergezut lah si amy.
terus tak jadi terkucil. tukar port.
amy pergi toilet kat surau plak.
toilet yang first tu kat tingkat 14.
toilet surau tingkat 2.
elok masuk nak membuang kucilan, budak yang sama jenguk lagi.
senyum. kali ni masuk lebih dalam ke dalam toilet.
tak melompat si amy.
terus keluar dari toilet.
pergi toilet kat ground floor plak.
mesti hazab menahan kencing kan. pfftt..
ok amy pun masuk toilet kat ground floor.
ok clear. dapat melepaskan hajat.
elok keluar dari pintu toilet, nampak budak lelaki tu berdiri tengah jalan senyum pandang amy.
aaaaaaaaaaaaaaaaaaa…
pastu terus dia lari dengan laju.
nak kata anak anak staff, takkan la lusuh benau pakaiannya.
amy kata cam budak budak tepi jalan yang mintak sedekah tu.
pastu macam mana dia boleh tau amy kat tingkat 14, pastu ke tingkat 2, pastu ke ground floor?
dia mengekori secara rahsia kah?
serammmm….
pastu aku tak terus balik.
sambung lagi kerja sampai pukul 8 malam camtu.
boleh plak perut aku meragam buat hal!
aku rasa ni mesti gara-gara iced latte dengan carrot cupcake yang aku makan.
aserehe betul hoihh..
kerja dah siap. packing barang.
aku pun pikir toilet mana aku nak pergi nih.
turun toilet kat ground floor.
tabahkan hati jugak lah aterrr perut dah memulas mulas dengan nak terkucil bagai.
elok baru tolak pintu toilet, aku dengar sesuatu yang macam berbisik.
adakah perasaan aku sahaja? adakah bunyi angin?
adakah? apakah? apakah? adakah?
terus keluar toilet. acaner ni oiiihhh…
tetiba dari kejauhan nampak hasin.
dia baru amik anak-anak dia dari taska.
mintak tolong la dia teman aku gi toilet.
tapi kau tau la.. nak berak sakit perut ni bukan boleh sekaligus tahi keluar.
nak kena feel feel.
lagipun malu la dengan hasin.
nanti bau tahi busuk. malu la malu maluuu…
ok siap siap start kereta semua.
dalam perjalanan balik perut memulas lagi.
&_*^&*)*&^%_^%^&*()$#%*())_
lalu menadah doa berdoa apakah salah ku pada hari ini wahai ya Allah.
diuji dengan sakit perut yang hebat di tengah kesesakan jalanraya yang syaitan ini?
tsktktksktksktksktsksksk…
sampai kat mcdonalds jalan pahang, aku stop.
masuk toilet lalu melepaskan hajat.
setengah jam kot bertapa dalam toilet.
dem u iced latte & carrot cake.
sekianlah kisah momok dan berak.
sila beri tepukan gemuruh sebab aku berjaya menyiapkan entry yang panjang lebar ini.
semoga anda terhibur.
tata.
This entry was posted in Macam-macam Hal. Bookmark the permalink.


25 Responses to Kisah Momok & Berak

  1. suriaamanda says:

    baru nak seram…pengakhiran citer terus buat along gelak..

  2. payiet82 says:

    matik la toilet tingkat 14 tu adalah jamban opis aku oiiii. mana nak birak nanti kalau obertaim? dem u budak berbaju lusuh berseluar yenki berkaki ayam, pegi la masjid india sana ke, sogo ke, the mall ke, jamban kat sini jugak ko nak main. :-[

  3. Masy says:

    hantu jambannnn T______T

  4. purpledi says:

    berak mmg la busuk kan? ada ke berak x busuk meh? :-S
    teringat lak entry akak dulu bera ka kincing
    ingat x? ingat x?

  5. syana says:

    takut nye
    tu la best opis kecik2 ni…kentut kt toilet pn org depan bleh dgr..so xtakut nak msk toilet kalo kena blk lambat pn
    tp kalo sorg2 aku penakut gak
    hehee

  6. Gee says:

    Huhuhu ni nak terberak takut plak pi jamban…..

    Cheers,
    Baju Kurung Vietnam

  7. wida says:

    hahaha..kelakar betul lah sis ni!
    tu lh lain kali jgn dgr cite hantu kalau nak wat OT..

  8. Hish, nak kena banned iced latte ngan karot cake tuh… Ahahahaha

    Seremmmm gak akak baca, kalau akak xtau lah…. Ada gak kang terberak lam kete… Muahahaha

  9. Ibu says:

    Ish ko ni Maya… dah la memula bukak blog ko tetengah malam. Kecut perut tau. Tak jadi baca. Baru petang ni masuk balik & tinggalkan komen…huhuhu. Eh siapa si Amy tu? Masa kuar toilet, budak tu kat mana? Berdiri jer ke kat luar toilet? Awat masa kat toilet GF tu tak ajak security teman…huhuhu…

    • Mya says:

      amy (bukan nama sebenar) budak office ai ni ha.
      masa keluar toilet budak tu diri depan dia sengih, pastu budak tu lari.
      amy cari tapi tak jumpa.
      gamaknya tak terpikir kot hantu budak tu nak folo sampai ke GF tu pasal dia berani je masuk kot.
      aaaaaaaaaa… takotttt….

      • Ibu says:

        Masa kat tingkat 4 dedolu ada gak dengar. Tapi bukan budak. Fomfuan. Sampai pengsan la staf yg jumpa tu…huhuhu Sebaik tak lepas dia pengsan tu, ada staf lain masuk nampak dia tergolek. Kalo takkk.. emmm.. tak tau laaa…

  10. s2m3r says:

    ila pernah dengar cerita gak..
    tapi berhadapan sendiri tu tak de..

    tapi mana2 pun makhluk Allah tu ada
    cuma antara berani atau tidak..
    bila ada perasaan takut
    dia mula ingin ‘berkawan’ dengan kita

    tapi usually ‘makhluk Allah’ ni..
    lagi kite takut…
    lagi tu dia kuat menyakat..

    so kalau dia senyum
    Maya pun senyum
    sambil-sambil nyanyi lagu M Daud Kilau tau
    ‘senyum lah senyumlah…ahaiii cik mek molek……senyum lah senyum lah ahai cek mek molek’
    ada brani?

    huhuhu

    tapi seriously mmg ada kat sini……..
    tapi jgn takot2 sangat ok….
    dia nak berkawan je tuuuuu…..

  11. shida says:

    oigoooo!!! acaner ni.. block c mari ka??? aku kat bloc c maaa!!! huhuhuhuhu

  12. Nur says:

    dolu2 kt opis nie ‘selalu’ gak diganggu..maklum arr memula berpindah..tmpt baru..kawasan sekitarnya diterokakan..marah ler ‘hamba allah’ tuh…balik lewat2 kdg2 sampai kol 8-10 mlam..gie toilet sensorang..cekalkan hati..wpun macam ditelinga dok menangkap bunyi…ngah wat keje..terdengar kertas disiat2 seolah ade org buat kerja..lagi kita buat xtahu…lagi kuat dia ‘buat keje’…sedangkan dalam opis mmg tak ada..sekali ai jenguk..tk dek plak ‘diam’ sekejap..then sambung siat kertas lagik..lelama xleh jadi…angkat kaki…dalam hati baca apa yg patut..siap berkata..aku mencari rezeki disini..aku tk kaco ko..jangan kaco aku…smpi dlm lif xberani nk tgok cermin dlm tuh..rasa cam ada perhati jer…alhamdulillah..selamat smpi parking