Khao Nam Khang Historical Tunnel

hasil dari pencarian google tempat menarik di hat yai, aku dah mendarat di blog INI.
diorang laki bini sudah ke khao nam khang historical tunnel.
aku ni suka je bab history history ni, so sudah masukkan tunnel ni dalam itinerary ke hat yai hari tu.
ni sedikit info berkenaan khao nam khang historical tunnel yang aku copy dari blog di atas.
Lokasi: Khao Nam Khang National Park Tunnel ( Terowong Komunis Malaya)
GPS: N6.57480 E100.57520
Jarak : Dari Sadao ke Khao Nam Khang National Park Tunnel 28KM
Bayaran: 120 Bhat atau RM 12.
Nota: Pelancong boleh mengambil kenderaan dari Alor Setar ke Pekan Danok dan kemudian ke Terowong Khao Nam Khang, Songkhla dengan menaiki teksi. Jarak dari Bukit Kayu Hitam ke Terowong Khao Nam Khang ialah 40 kilometer.
tunnel ni adalah tempat komunis berlindung dan bersembunyi la zaman dahulu kala. dahulu kala tu bila kau jangan tanya aku.
kalau nak tau lebih lanjut pasal tunnel ni korang google la yer.
tak pun gi je baca kat blog NI.
lengkap penerangan beliau.
dari bandar hat yai nak ke sini memang bercinta.
bapak jauh oh. lebih dari sejam setengah kot.
kitorang cam dah eh betul ke ni, betul ke ni.
anak aku dah naik hantu dah sebab tak sampai sampai.
pastu mengejar masa pun yer.
aku dah cam mintak mintak la sempat.
kang sia sia jer datang beribu batu jauhnya ni.
last last dengan izin Allah SWT, kami sampai 1/2 jam sebelum tempat ni ditutup.
Alhamdulillah.
kiri kanan hutan rimba. jalan sunyi.
dah la di pertengahan jalan ada roadblock.
askar thailand tahan kitorang. takuittt…
tapi dah kau tak buat salah nak takut haper.
dan sib baik jugak sorang askar tu pandai kecek kelate.
dia tunjuk arah la nak ke tunnel itu.

: : signboard pertama : :

: : signboard kedua : :

: : signboard ketiga : :
lepas signboard ketiga baru sampai.
nangissss…
pukul 4.30 petang waktu thailand baru ler kami sampai.
diorang welcome dengan senyuman.
korang tengok gambar je la yer.
aku pun dah taktau nak story apa sangat dah.

: : komunis : :

: : tanpa rasa bersalah duduk atas kubur dorang kan. aaaaa : :

: : ah kalau mata tak rabun, sila baca : :
dah puas jalan belah luar, tiba lah masanya untuk masuk ke dalam terowong.
to be honest, sebenaunya adalah agak scary juga.
kau bayangkan. dalam hutan. hutan yang hujunggggg..
aternya tempat komunis sembunyi kottt..
pastu sunyi. pastu dah petang nak masuk maghrib.
kitorang 3 beranak je dalam tunnel tu.
dah tu dengan cerita ceriti komunis mati bagai.
ok sumpah scary.
tapi aku kena buat buat berani la.
kang dah aku takut, anak pun takut. apa pun tak boleh!

: : aku nak pose pose, yaya nak berkepit : :

: : panjat tangga yang bapak tinggi hoih : :

: : korang lepak kat starbucks la, coffee bean la, tengok komunis… sini je tempat lepak dorang tau. kau mampu? : :

: : korang meeting kat hotel kemain, diorang meeting kat sini je tau : :

: : melompat aku dengan yaya nampak patung ni. kussss semangat : :

: : pose je, tak masuk pun tunnel yang ni. sebab gelappp : :

: : awak raba bontot mommy yer yaya? : :

: : pintu masuk : :

: : tangga naik bukit : :

: : kena merangkak masuk. hoh merangkak???? : :

: : kolam bentuk love : :

: : toilet : :
toilet diorang sumpah bersih okkkk..
aku memula cam was was zaiton gak nak masuk.
kau tau la dengan keadaan dalam hutan camtu kan.
mesti bajet kotor, gelap, busuk dan euw euw.
tapi memang tip top toiletnya. aku salute!
bersih!!!
bersih dari toilet kita kat malaysia ni ha yang kadang kadang merapek.

: : ada tiga tingkat ok tunnel ni : :

: : macam kat jepun plak gambar ni, dengan background bunga bunga : :
ok elok la tempat ni nak tutup, kami pun bergerak.
bergerak ke mana. bergerak pulang lorrr..
tapi sebelum tu. kita pergi ehem ehem dulu.
~TBC~

7 thoughts on “Khao Nam Khang Historical Tunnel

  1. takutnya tgk tmpt tu..nape x nampak pelancong lain pon?
    mcm x de org jer…meremang pulak tgk gmbr kat n3 sis ni..hehe

  2. masa pi hatyai tak ppi pun sini…susah ngan baby kecik…tapikan memang toilet kat hatyai and all the wampai phuket bersih giler

  3. tgk gaya yaya posing..pastu tgk mommy posing..pastu tgk yaya plak..haih..sapa tiru sapa ni…comels..hehehe…

Comments are closed.