EDITED : alamak aku salah letak coding youtube tu. nanti balik aku kasik betulkan ya. sorry!
hari sabtu lepas keluar rumah dalam pukul 12 tengah hari camtu terus pergi lunch kat titiwangsa.
pastu terus gi kotaraya.
mau gunting rambut.
pendek gila kot lepas potong.
encik z dah nyanyi nyanyi lagu gemilang kat aku.
pendek macam jacyln victor kot! uiii..
dulu masa tak pakai tudung pun aku pemalas lipas nak menjaga rambut.
ini pulak dah bertudung. lagi la triple pemalas.
so rambut pendek sudah. senang.
nak mandi basah rambut pepagi pun cepat je keringnya.
tapi taktau la kot di masa masa depan aku teringin nak rambut panjang balik ke kan.
lepas gunting rambut gi mydin kat sebelah kotaraya tu beli barang-barang sikit.
lama jugak dalam tu belek itu ini.
kemudian terus shoot ke bukit jalil.
mau pergi rumah cha, kawan encik z.
kawan aku jugak la kiranya kot.
tapi takde snap gambar pun kat sana.
segan kot sebab tak kenal wife dia.
sib baik ada farihah dengan anak-anak dia.
sokayy la lepak dengan dorang layan main game.
tapi encik z kemain lagi bergelak ketawa dengan kengkawan dia.
takperrr kasik cannnn…
selalu aku je bergelak ketawa dengan kengkawan aku kan… so bagi can la kat dia. eheh.
dari bukit jalil, masuk MRR2 terus shoot mau ke raub.
plan nak ke raub ni baru decide je pagi pagi tadinya.
kebetulan kaklong off day, dia balik raub.
tu yang aku rasa cam nak pegi gak sebab mau jumpa cici.
minggu depan birthday cici.
aku ada beli samting nak bagi kat dia.
so pegi la.
perjalanan ok smooth jer.
lebih kurang 2 jam dah sampai.
aku ingat ingat lupa jalan sebab last pergi 4 tahun lepas kot?
fuh. bapak lama hoh.
oh yer raub ni kampung abang long aku yer.
kira in law kaklong la.
cici memang duduk sini dengan maid kaklong.
aku pun bagi la hadiah nya iaitu sebuah Y PAD.
y pad yer bukan ipad.
mommy belum kaya lagi nak bagi ipad kat awak yer ci.
tapi dia macam tak berminat jer.
si caca plak yang teruja lebih.
takpela, kongsi main sesama eh?
tq farihah sebab tolong belikan y pad itu.
cuma RM25 saja.
kalau beli sedozen boleh dapat murah lagi tu.
tu kalau ada sesapa nak beli online kalau harga lebih dari RM25, try la cari yang lain.
sebab memang patutnya harga memang RM25 je.

: : cici & y pad : :

: : tido dulu : :
susah nak snap gambar dia ni.
asyik la bergerak sana sini.
pastu menyombong ok dengan aku.
asal aku nak dukung je nangis.
asal nangis je aku nak dukung.
drama lebih. tampau kang.
ni aku rakam video dia.
cam biasa abaikan suara itik serati aku tu.
aku tanya dia ‘gigit wan macam mana?’
dia jelir lidah tu sebab sebelum dia gigit wan dia, dia akan jelir lidah.. jilat jilat pastu terus digigitnya wan dia.
tu yang terjelir jelir tu.
<object style=”height: 390px; width: 640px”><param name=”movie” value=”http://www.youtube.com/v/mMZ6zSNBRjg?version=3&feature=player_detailpage”><param name=”allowFullScreen” value=”true”><param name=”allowScriptAccess” value=”always”><embed src=”http://www.youtube.com/v/mMZ6zSNBRjg?version=3&feature=player_detailpage” type=”application/x-shockwave-flash” allowfullscreen=”true” allowScriptAccess=”always” width=”640″ height=”360″></object>













kalau ipad mestilah mommy yg pakai
xkan nk bg cici pula
hehe
kannnnnnnnn….
y pad kaler pink lagi..
rm25 je ker? sy tgk org jual smpai rm40..fuh
haah RM25 je tau.
jgn tertipu yer dik..
Cun gak y pad tuh…
*y pad pon y pad la mommy* ehehehe
janji adaaaa kannn…
nak water rafting! nak water rafting! nak water rafting!
ps: hi cici, dah besar kamu yer
jom jom. nanti kita plan baikkk punya…
water rafting???mcm best jer..nak joinnnnnn….
jom jom…
sebijik muka caca si cici tuh..
….sedappnye patin msk tempoyak…taruk kuah dalam nasi kasi banjir..perhhhh nikmat woo..