Jujur Aku Dayus

bukan bukan bukan.
no no no.
nehi nehi nehi.
bukan aku yang dayus la.
ada ke istilah perempuan/isteri yang dayus?
ada meh? selalu pun suami yang dayus kan.
jadi kalau isteri boleh tengok je suami nya bersekedudukan dengan perempuan lain, atau pun membiarkan diri ditampar disepak, atau isteri yang sentiasa biar dimaki hamun atau juga suami tak memberi nafkah zahir batin, adakah isteri itu dikategori isteri dayus?
ah sudah. dah jadi blog serius plak blog aku ni.
ok drop isu itu.
sebenarnya nak cerita pasal cerekarama last week.
tajuk jujur aku dayus. lakonan beto kusyairy kesayangan hamba.
dengan nora danish.
sapa tengok meh gimme 5. sapa tak tengok memang rugi ok.
ok baca sinopsis dulu.
Jujur Aku Dayus mengisahkan pasangan suami isteri, Edree dan Lisa yang hidup bahagia selepas perkahwinan yang berusia lebih setahun. Sebagai seorang pegawai berprofil tinggi, Edree memikul tanggungjawab besar di dalam syarikat. Suatu hari, dia ditugaskan untuk ke luar negara dan selepas lapan tahun keika dalam perjalanan puang ke rumah untuk melepaskan rindu kepada isteri tercinta, Edree ditimpa kemalangan menyebabkan dia koma.
jalan cerita lain dari yang lain.
yang kau macam tak sabau sabau nak tau lepas ni apa, lepas ni apa jadi.
begitu.
kengkawan kat twitter kemain lagi awal awal dah camlek baikk punya kat aisah yer.
kata pakai tudung tapi mengandung anak luar nikah bagai.
amboi amboi amboi. cili baru tau.
pastu ada yang berapi api dengan edree gak sebab buat taktau pada lisa.
macam macam la diorang dok speku gitu gini. maki lite lite.
towards the end pun masa scene lis tidur dengan ex-bf dia tu pun, aku dah speku kata lis tu jahat.
tambah lagi bila dialog dia pada ed ‘abang dah tau?’
rupa-rupanya. cam.. ishh.. ending yang tak disangka gitu la.
dah la ed dah ceraikan lis. sib baik cerai talak satu je uolls.
kalau talak 3. nganga la..
tapi betapa beriman dan percaya pada qada dan qadar, ed terima lis semula dan nasib baik lis mengaku kata salah dia sebab keluar dengan lelaki lain tanpa izin suami.
seriously, memang terbaik ah cerekarama ni.
memula kau macam sakit jiwa kenapa la ed ni. apa ke masalahnya.
tapi last last rupanya ooooooooooooo…
kesimpulan dari cerita ni, suami kena berterus terang dengan isteri.
jangan berdiam diri kalau ada apa-apa masalah.
berbincang. komunikasi! paham?!
pastu jangan cepat buruk sangka dengan orang wey!
kadang kadang apa yang kita nampak tak sama dengan apa yang kita sangka.
ingat tu!
masa lis gi serang aisah tu, aisah senyap je tak kata apa.
sampai part dia lempang lis tu la.
memang patut dapat pelempang pun.
sesuka je tuduh aisah berzina, anak luar nikah bagai. huh.
dan terbaik bila ed jaga aib lis sebagai isteri dia.
walaupun dah nampak sendiri depan mata apa yang jadi, tapi ed tetap jugak kunci mulut tak bercerita dengan aisah mau pun family lis.
tapi suami zaman sekarang, kemain kan.
kalau dah jantan nak menggatal, bini punya lawa, punya baik pun kat rumah pun kau boleh create cerita macam-macam.
bini ai tak pandai layan ai lah.
bini ai tak pandai masak lah.
bini ai tak hebat di ranjang lah.
bini ai janda. tak sama dengan u yang anak dara (cam sialan ok)
ai kawin pilihan keluarga lah. (pilihan keluarga? puiiiiiiiiiiiii)
salah satu dialog yang paling aku suka : manusia boleh berubah kalau dapat peluang. kita ikhtiar sama-sama.
dah la yang mengucapkan dialog tu ialah beto.
tercair cair tahi telinga haku mendengarnya.
kenapa kau begitu mengterujakan wahai beto??
mengungkit tak bermakna tak ikhlas.
makanya jom kita mengungkit ramai ramai jom. haha..
jubah dan tudung takkan dapat sembunyikan hati yang kotor.
so? lu pikir la sendiri………………………

12 thoughts on “Jujur Aku Dayus

  1. aku cam sakit nyawa kut tgk apak si lis tu, rasa cam nak tibai, kecoh tak tentu hala. hal anak ko ngan laki dia biar dia kasi settle sendiri la, tak payah nak pekik pekik tepi telinga. Ko kenapa gila. jangan sibuk hal org buleh? (&)

  2. akaaaaakkkkkk..saya nanges beriya kot tgk citer tu..siap donlod lagi !!

    dan terngiang2 ayat2 dia..

    ” manusia boleh berubah kalau diberi peluang , insyaAllah kita ikhtiar sama-sama”

    ” tudung dan jubah tu tak semuanya cantek , tapi yang bertudung dan berjubah semestinya cantik”

    “one day i’ll marry you”

    haaaaih…pengsan~

  3. nape beto..nape beto yg mengunkapkan kata2 yang bikin membuatkan aku tersenyum….tergumam aku depan tv..semuanya kerana beto..yadoiii… 😀 ..part ed memendam perasaan yg membuatkan kita tertanya sampai ke episod ujung2 tuh…aku plak rasa nk bangun pergi cekik leher beto…cuba cakap..cuba cakap!!!..hahahahaha..*teremo aku
    tersangatlah bagus cerita ini… (Y) (Y) (Y)

Comments are closed.