Jom Berburung burung

ni cerita masa cuti chinese new year hari tu.
mama dengan yaya datang KL. pastu kaklong campak caca sekali kat jasmine.
so hari sabtu sebelum diorang balik taiping, aku pun arrange la untuk ke KL bird park.

bayaran masuk dewasa RM25.
kanak kanak RM12.

memula masuk tu terjerit jerit gak la aku dengan budak budak tu.
mana tak nya burung berterbangan atas kepala kot. skeri.


: : terjingkit jingkit yaya nak tengok burung : :


: : taktau nama burung ni. tapi yang selalu keluar dalam kartun tu. comell : :


: : berlatarbelakang burung biru taktau nama : :


: : burung kasawari yang suka show show off : :

jalan tak sampai setengah jam, caca nak menyusu lah plak.
tunggu la dia kejap haih.


: : burung merah yang menarik perhatian pengunjung : :


: : kolam belakang ni busuk okkk : :

aku marah dengan mesin ni!
dah masuk duit tapi takde pun makanan ikan keluar.
dem u mesin!

sudahnya bagi biskut yang aku bawak.
sonok tengok ikan berebut rebut nak makan.
adakah kl bird park tak bagi ikan ikan ini makan? #curious

dari tempat ikan tu nampak kat signboard ada show burung.
ingatkan tempatnya dekat. berlari larian aku dengan bebudak.
rupanya bapak la hoihhh jauh.
mama dengan encik z tertinggal kat belakang.
gambar bawah ni encik z zoom maksimum. tu yang pecah blur gambarnya.
show burung adalah superb!


: : disebalik air terjun : :

pastu family photo!
knowing mama mesti dia nak amik yang dah siap berprint tu.
boleh gak kalau nak pakai kamera sendiri.
tapi ada la sekian sekian bayarannya. tak ingat.

burung kat badan mama paling banyak!
berat berat plak tu.
burung helang. burung kakaktua. dengan burung enggang.

caca dok merengek takut tu. tu pasal mama pegang tangan dia.
yaya relax je burung kakak tua atas kepala dia.
aku plak burung kakak tua atas tangan tu mengada ok.
dia dok korek jam tangan aku. pfttt…


: : camera version : :


: : printed version : :

balik singgah kat kedai souvenier.
beli tshirt untuk yaya & caca.
nak beli tshirt untuk diri sendiri tapi warna yang aku kenan takde saiz plak.


: : saya sudah sampai di kl bird park. anda bila lagi?

so korang ibu ibu bapak bapak yang dah tak tau nak bawak anak anak korang ke mana, boleh la ke KL bird park ni, ote?
insyaAllah mesti anak-anak korang happy nya lah 😉

keterangan lanjut, boleh ke http://www.klbirdpark.com/

20 thoughts on “Jom Berburung burung

    • tu ler pasal.
      dah 5 tahun kot.
      tahun depan kena paksa la dia berenti.

      * ni kang ada lagi sentap sentap plak pasal isu hisap botol ni.
      boleh pegi meninggal ok sapa yang sentap

Comments are closed.